“gigih betul.. Buat Hal ek.. ” Iklan PU Riz & Neelofa siap terbang, rakan selebriti juga tergelak

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan selebriti dan usahawan popular ini, Neelofa dan Haris Ismail atau turut dikenali ramai dengan panggilan PU Riz. Selain bergiat aktif sebagai selebriti, mereka juga antara pasangan yang dikenali dalam bidang perniagaan.

Sebelum ini, Neelofa dengan jenama tudungnya yang sehingga kini mendapat tempat di hati para wanita namun kini Neelofa bersama suaminya semakin melebarkan sayap menjual pelbagai jenis produk.



Walau bagaimanapun, terbaharu Neelofa dan PU Riz mengundang tidak hanya peminat dan pengikut mereka di Instagram merasa terhibur malah rakan-rakan selebriti juga tidak dapat menahan ketawa menonton telatah pasangan bagai pinang dibelah dua ini ketika berlakon dalam iklan produk mereka.


Iklan Neelofa yang dilakukan bersama PU Riz membuatkan dengan pantas mereka dihujani ribuan komen, mana tidaknya sempat juga pasangan ini menghiburkan ramai dengan satu trend yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu.

Hahaha korang…

“Badan ringan sampai boleh terbang kadang-kadang,” tulis Pu Riz membuatkan ramai rakan selebriti juga terhibur apabila di akhir video, mereka sempat terbang yang rasanya buat pengguna media sosial tentu masih teringat akan trend yang dilakukan mereka. Siap terbang, dan prosesnya juga tentu tidak mudah. Sporting betul Neelofa dan suaminya kali ini.

Sumber:HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *