Lima Cara Tawan Balik Hati Si Dia.

1. Cantik, kacak depan si dia.

Mana-mana pasangan pun kurang gemar jika bila ajak dating dengan muka dan pakaian yang tidak ‘siap’. Kalau sudah namanya lelaki mahu lihat sahaja objek cantik dalam citarasa tersendiri, begitulah sebaliknya. Jadi, tidak salah tampil cantik dan menawan, kacak bergaya untuk menghangatkan perhubungan.

2. Berlawak, usik pasangan.

Masa jalan-jalan ambil angin petang hari cubalah anda melawak sekali dua, mesti pasangan ketawa dan senyum sekali gus menampakkan cerianya hubungan anda. Muka stress memanjang, confirm keluar lima minit terus ajak balik.

3. Jujur usah putar belit.

Wanita ada juga yang dilebel suka kelentong tapi lelaki pun apa kurangnya. Demi menjaga sebuah perhubungan tanpa sebarang penipuan, anda perlu bersikap jujur. Saling meluahkan secara hati ke hati, jangan berselindung. Semuanya untuk menjernihkan kembali perhubungan yang agak hambar.

4. Elak terlebih mengada.

Lelaki paling tidak suka perempuan yang terlebih mengada atau gedik. Mana-mana perempuan yang nak mendekati seseorang lelaki tolonglah hindari sikap ini. Segelintir lelaki memang akan melayan lentok badan anda tapi, di belakang anda, jujur cakap diorang pasti mengutuk.

5. Perasan diri hebat.

Wahai wanita-wanita di luar sana, tolong jangan cuba mendabik dada atau mudah perasan dengan apa yang anda ada atau miliki. Lelaki paling tidak suka dengan sikap ini. Pada mereka, wanita yang bersikap perasan ini adalah mereka yang berlagak. Daripada nak baiki balik perhubungan terus clash.

Sumber redaksi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *