Lepas bedah buang halkum, Lucinta Luna hanya mampu telan betik, Netizen Terkejut dengan rupanya Sekarang…

JOGJAKARTA: Selebriti sensasi, Lucinta Luna sudah mula aktif di media sosial selepas menjalani pembedahan membuang halkum di Hospital Busan, Korea Selatan.

Pembedahan plastik itu dilaporkan berjalan lancar dan Lucinta sudah membuat siaran langsung dalam akaun TikTok, meskipun dia belum pulih sepenuhnya.

Ketika siaran langsung tersebut, wajah Lucinta dilihat masih bengkak dengan dipenuhi luka yang masih berbalut.

Difahamkan, lelaki berimej songsang itu turut mengalami kesukaran ketika hendak makan.

Buktinya, dia hanya mengambil buah betik dengan disuap oleh orang lain disebabkan bibirnya juga bengkak sehingga sukar membuka mulut.

Situasi tersebut menimbulkan rasa simpati orang ramai terhadap Lucinta yang berusaha ingin menjadi lebih cantik seperti seorang wanita.

“Ini adalah definisi menyeksa diri sendiri, dia yang meminta sedemikian, jadi tidak perlu minta dikasihani,” tulis seorang netizen.

“Saya yang berasa ngilu dan sakit melihat keadaan seperti begini, bersyukur sahaja sama Allah SWT dengan apa yang diberikan,” kata netizen lain.-AGENSI
Lucinta Luna meninggal dunia? Ini sebenar yang terjadi pada Lucinta Luna.

Tidak pernah merasakan diri cukup cantik, selebriti sensasi Lucinta Luna sekali lagi melakukan pembedahan supaya dirinya benar-benar kelihatan seperti seorang wanita.

Terbaharu Lucinta sekali lagi menjalani pembedahan dipercayai membuang halkum dan perkara tersebut dikongsi sendiri di laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Lucinta melakukan pembedahan itu di sebuah hospital di Busan, Korea Selatan

Tampil dengan imej baharu, Lucinta yang sebelum ini menggelar dirinya Ratu Keabadian kini mahu dikenali sebagai Ratu 9 Nyawa.

Lucinta Luna meninggal dunia? Ini sebenar yang terjadi pada Lucinta Luna

“Selamat tinggal Ratu Keabadian… selamat datang Ratu 9 Nyawa.

“Semenjak menjalani pembedahan pem0tongan leher, rasa sak1t untuk menelan makanan. Suapkan aku supaya cepat sembuh dan boleh bercakap dengan suara merdu.

Lucinta Luna Nak Pindah KL, Netizen Malaysia Tak Keruan – “Sajat Still No.1, Tolong Jangan Tambah…”
Azwa Rahman

Lucinta Luna Nak Pindah KL, Netizen Malaysia Tak Keruan – “Sajat Still No.1, Tolong Jangan Tambah…”
Selebriti sensasi dari seberang, Lucinta Luna menyatakan hasratnya untuk menetap di Kuala Lumpur selepas dilihat sudah beberapa hari berada di Malaysia untuk bercuti.
Menerusi platform TikTok, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah, 32, berkongsi beberapa momen kunjungannya ke kawasan Bukit Bintang dan pusat membeli-belah Pavilion, Kuala Lumpur.

“Rindu sekali awak sama Kuala Lumpur macam ne. Ratu mahu stay di KL sahaja.
“Sekarang Ratu pun punya bestie di Kuala Lumpur. @datoserividaofficial, happy sangat,” tulisnya sebagai kapsyen di beberapa video.
Malah, Lucinta sempat bertemu dengan usahawan popular Datuk Seri Vida dan sempat merakamkan beberapa video bersama pelantun lagu Ku Ikhlaskan itu di pintu masuk pusat membeli-belah tersebut.

Sementara itu di ruangan komen, hasrat Lucinta untuk menetap di Kuala Lumpur itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya terutamanya yang berasal daripada Malaysia.
Rata-ratanya tidak membenarkan Lucinta tinggal di sini kerana mereka berpendapat cukuplah negara ini terkenal dengan Nur Sajat.
Namun tidak kurang juga ada yang bersetuju Lucinta menetap di sini sebagai hiburan berikutan usahawan kosmetik kontroversi itu sudah berpindah ke Australia.

“@kwok:no no no Sajat still number one.”
“@:):You lambat pindahlaa kembar you Sajat dah keluar Malaysia kalau tak you ada geng maaa.”
“@Ohanana:Sedangkan Sajat pun pindah negara …ini lagi dia.. Dia tidak kenal lagi netizen Malaysia.”
“@Jejenmanobal:Datang la ganti kan tempat sajat biar ada juga hiburan.”
“@mira:Tolong jangan tambah beban kami.”
“@bainunANJ:@sajat.issa bang Jat…tengok ni bang Jat…dia nak ambik title bang Jat kat Malaysia.”
“@?????*Alex*:habis la Zul Arifin dengan Remy Ishak next target dia.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 3 juta tontonan daripada warga TikTok.

Biarpun masih dalam proses penyembuhan selepas menjalani pembedahan bibir dan membuang halkum minggu lalu, penyanyi dan pempengaruh Indonesia, Lucinta Luna sempat melaksanakan ibadah korban.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah menyedekahkan seekor lembu kepada jiran tetangganya di Indonesia.

“Alhamdulillah, semua tetangga di kampungku senang kedatangan sapiku. Saatnya giliran kamu dikorban selepas mama (panggilan diri sendiri). Mama sayang kamu nak,” tulis Lucinta berserta hantaran beberapa potong video.

Lebih melucukan, dalam hantaran sama, Lucinta menyertakan fotonya yang dalam keadaan kepala dan leher berbalut sedang terbaring di pinggir kaki lima seolah-olah turut ‘terkorban’.
Sementara itu, aktiviti korban yang dilakukan Lucinta tahun ini mendapat pujian daripada pengikutnya di Instagram.
Malah, ada yang mendoakan kesejahteraan dan diberikan kesembuhan buat Lucinta yang kini mahu dikenali sebagai Ratu Sembilan Nyawa itu.
Terdahulu, Lucinta terpaksa dibantu oleh individu lain untuk mandi dan membersihkan diri.
“Sudah mandi dan rapi. Belum bisa berkicau,” kongsinya dalam satu hantaran di Instagram pada Sabtu.
Dipercayai Lucinta melakukan pembedahan membuang halkum bagi menghilangkan suara garau lelaki di sebuah hospital di Busan, Korea Selatan.
Malah, menerusi pembedahan itu, Lucinta mahu menjadi seperti salah seorang artis Korea Selatan iaitu Wonyoung, manakala bibirnya bakal menjadi persis anggota kumpulan BlackPink, Jisoo.
Usai pembedahan baru-baru ini, Lucinta memberitahu mengalami sesak dada selepas pemotongan di bahagian lehernya.
“Sakit sangat, tak boleh bercakap selama dua minggu,” katanya yang juga tidak boleh mengunyah makanan dan hanya minum menggunakan straw.
Justeru, ramai yang teruja dan tidak sabar menantikan hasil selepas pembedahan itu.

Sumber FB & TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *