Lelaki p0sitif d@dah h1na Isl4m & n4bi di Kelantan sudah pon dicekup..

Satu lagi video tular melibatkan kes hina agama Islam telah dikongsikan oleh orang ramai di media sosial.

Menerusi muat naik yang dibuat Viral Media Kelate, seorang lelaki dengan pakaian tidak terurus serta memegang berus cat telah menghina Islam dengan menyamakannya dengan najis telah mencetuskan amarah orang ramai.

Dah kena tangkap
Susulan daripada itu, menerusi laporan dari Harian Metro, lelaki terbabit telahpun ditahan pihak berkuasa kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun memaklumkan yang pihaknya menerima laporan pada 9.15 pagi tadi berhubung seorang individu yang menghina agama Islam melalui satu klip video yang tular di media sosial.

Suspek berusia 35 tahun yang tidak bekerja ditahan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Machang ketika melakukan serbuan di Kampung Bagan Chekok, Pulai Chondong, Machang.

“Hasil soal siasat, suspek mengaku memuat naik video yang menyebut perkataan penghinaan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.”
Penganggur positif dadah
Dalam pada itu, Datuk Muhamad Zaki juga menyatakan yang suspek didapati positif dadah jenis methaphetamine dan siasatan juga telah dijalankan.

“Ujian saringan air kencing yang dilakukan ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis methaphetamine.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 298 dan 505 (b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan juga Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995,” katanya.

Permohonan reman terhadap suspek juga akan dibuat pada hari esok.

Terdahulu, video seorang lelaki didapati mengeluarkan kenyataan jelek dengan menghina Islam dan dan Nabi Muhammad SAW tular di media sosial.

Video berdurasi 14 saat itu mendapat kecaman ramai kerana seakan satu ‘trend’ pula apabila setiap hari ada sahaja berita individu tidak bertanggungjawab menyentuh sensitiviti umat Islam.

Video:

Antara komen netizen,


Sumber: Harian Metro (Hazira Ahmad Zaidi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *