“Lelaki itu dijaga kak” Wartawan Teruk Dikecam, Selak Baju Noki Depan Kamera Waktu ‘Interview

Tular klip rakaman di Twitter memaparkan seorang wartawan stesen televisyen terkenal menemu ramah salah seorang ahli K-Clique, Noki.

 

Menerusi video itu, wartawan perempuan itu sedang menemu ramah Noki di malam Anugerah Meletop Era 2021 (AME) yang berlangsung baru-baru ini.

Dia dilihat meminta Noki untuk menayangan badannya yang sado itu di hadapan kamera namun ditolak penyanyi rap terbabit.

Wartawan terbabit bagaimanapun tetap mahu Noki menunjukkan badan dan secara tiba-tiba cuba menyelak baju penyanyi tersebut dengan sengaja.

Wajah Noki boleh dilihat berubah dan gerak tubuhnya juga menunjukkan dia berasa kurang selesa namun wartawan tersebut hanya ketawa dan menganggap ia satu gurauan.
Tindakannya dikecam ramai netizen di Twitter kerana melakukan ‘s3xval harrassment’ terhadap Noki. Ada yang turut menegur etika kewartawanannya.

Ramai memberikan respon masing-masing dan rata-ratanya berkata jika situasi tersebut terjadi kepada wanita sudah tentu ia tular dan dikecam teruk.

Difahamkan, wartawan itu turut memuat naik video tersebut di TikTok peribadinya namun telah dipadam selepas mendapat kecaman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sumber, twitter via beautifulnara

Artikel sebelumnya

Selalu ‘Belanja’ Badan Sado, Noki Terima Banyak Mesej Lucah Daripada Peminat

Penyanyi dan anggota kumpulan K-Clique, Noki mendedahkan dirinya selalu menerima gangguan peminat daripada pelbagai lapisan umur akibat sering menunjukkan bentuk badan dalam laman media sosialnya.

Ajak ‘bermesra’ sampai ke katil

Noki atau nama sebenarnya, Ahmad Ikhwan Aji, mengakui mesej berbaur luc4h yang diterimanya berkemungkinan disebabkan perbuatan sendiri yang asyik ‘belanja’ sosok tubuh dalam media sosial.

Jujur macam-macam mesej saya terima daripada makcik, perempuan, lelaki dan pelbagai orang.

Paling ekstrem ada yang sampai hantar gambar bog3l berulang kali dan ada yang ajak bermesra sampai ke katil.

Tapi macam saya katakan, benda yang negatif dan buruk akan saya delete (padam), mana yang baik saya akan layan dan balas.

Lagipun saya rasa ini salah saya juga sebab selalu ‘belanja’ gambar badan. Insya-Allah lepas ini saya akan ubah perkara tersebut supaya tak berulang lagi kejadian sama.

Noki yang sedang berjinak-jinak dalam dunia lakonan juga memberitahu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak tujuh kilogram demi menjayakan filem sulungnya, iaitu War On Terror.

Sumber: kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *