Lelaki bela ayam itik depan rumah, pasang radio kuat2 sengaja ganggu jiran

Mendapat jiran yang baik merupakan salah satu rezeki yang harus kita syukuri. Mana tidaknya, mereka merupakan antara orang yang paling dekat dengan kita selain daripada ahli keluarga sendiri.

Namun begitu, ada juga yang kurang bernasib baik dikurniakan jiran yang tidak bermanfaat serta mengganggu ketenteraman jiran-jiran lain sehingga boleh mengundang masalah.

Buka lagu macam tengah clubbing
Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai ZH Malaya apabila memuat naik perangai jirannya yang sesuka hati membela ayam dan itik di hadapan kawasan perumahan.

Tak hanya itu, dia juga gemar membuka radio sekuat hati sehingga mengganggu kawasan taman perumahan di Lorong Permatang Badak Maju 30, Kuantan.

Bawa parang rosakan harta awam
Lebih menyakitkan hati, ‘jiran dari neraka’ itu juga disyaki menjadi dalang kepada kemusnahan beberapa tong sampah di hadapan rumah penduduk selepas video dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memperlihatkan dia menghentak tong-tong terbabit menggunakan sebilah parang.

Dah beberapa kali kena cekup
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku dalam hari yang sama dan motif individu berkenaan melakukan tindakan kurang cerdik itu tidak dijelaskan dengan lebih lanjut.

Dalam salah satu komen balasan yang dibuat oleh ZH Malaya, dia menyatakan yang jirannya itu sudah beberapa kali keluar masuk penjara. Namun, dia seakan tidak insaf dan masih lagi melakukan hal serupa sehingga mengancam nyawa penduduk yang lain.

Ni tak lain ada masalah mental ni
Menjengah ke ruangan komen posting tersebut, ramai yang menggesa agar laporan polis dibuat kerana tindakan kurang ajar lelaki itu boleh mengundang bahaya kepada jiran tetangga.

Memang ada orang macam ni

Bahayakan anak-anak dan keluarga

Sakit otak dah dia ni?

Sebenarnya pelaku pernah kena tangkap tapi dah bebas
Ada juga pengguna Facebook memaklumkan yang lelaki berkenaan mempunyai masalah mental dan sudah ditahan namun dibebaskan semula.

Tindakan menularkan kembali video tersebut dibuat untuk menggesa pihak berkuasa lebih peka dengan bahaya individu seperti itu dan wujud satu tindakan tegas untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

.

Sumber: Facebook ZH Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *