[VIDEO] “Sayang, Saya Tak Tinggal Awak…” – Lelaki Meraung Lihat Isteri Rentung Depan Mata, Nana Mahzan Sempat Rakam Kejadian

Allahuakhbar sayang, saya tak tinggal awak sayang”, demikian raungan seorang lelaki apabila isterinya terperangkap dalam kenderaan yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan, Kulai, malam tadi.
Menerusi video menyayat hati yang tular di laman sosial itu, dilihat lelaki berkenaan meraung dan menangis teresak-esak kerana kesal tidak dapat menyelematkan isterinya yang terperangkap itu.

Bagaimanapun, lelaki tersebut telah ditenangkan oleh beberapa pengguna jalan raya lain dan dibawanya ke bahu jalan berikutan api yang merebak kuat.Sementara itu, kejadian tersebut sempat dirakam oleh pengacara Nana Mahzan yang kebetulan ketika melalui jalan sama berlakunya kemalangan tersebut.

Nana berkongsi video pendek berkenaan menerusi hantaran terbaharu di TikTok Story miliknya.
“Astarghfirullahalazim, moga semua yang terlibat selamat,” tulisnya pada kapsyen.

Dalam pada itu, memetik laporan Harian Metro, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor berkata, seorang maut manakala empat lagi selamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu lori Isuzu, Proton Wira dan Proton Preve.
Katanya, mangsa yang maut adalah wanita yang juga penumpang Proton Wira yang ditemui tersepit dan rentung di dalam kereta terbabit.
“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.47 malam.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati sebuah lori jenis Isuzu terbakar 70 peratus, manakala Proton Wira terbakar sebanyak 90 peratus akibat kemalangan
“Penumpang kereta Proton Wira tersepit dan ditemui rentung manakala pemandunya berjaya menyelamatkan diri.”Dua lelaki yang menaiki lori Isuzu dan pemandu Proton Preve selamat,” katanya.Sumber – TikTok Kosmo, TikTok Nana Mahzan, Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *