(Video) Isteri selamat dikebumikan, Sekali Reaksi Suami Arwah pula undang hiba

Kota Tinggi: Jenazah Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28 yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan, Arah Selatan dekat Sedenak, semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi, Kota Tinggi, petang ini.

Jenazah Nurul Nazihah atau dikenali di kalangan ahli keluarga sebagai Azi selamat dikebumikan kira-kira jam 3.40 petang.

Lebih 100 sanak-saudara dan rakan taulan membanjiri kawasan tanah perkuburan berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir.

Suasana tenang mula bertukar hiba sebaik van yang membawa jenazah Azi memasuki kawasan perkuburan kira-kira jam 3.30 petang.

Sebelum itu, jenazah disolatkan di Masjid An-Nur Kampung Lukut Batu Empat sebelum di bawa kediaman ibu bapanya.

. menyiram air ketika pengebumian Nurul Nazihah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Tinjauan di rumah keluarga mangsa di Kampung Lukut Batu Empat sejak pagi tadi mendapati ratusan saudara mara dan sahabat handai memenuhi perkarangan rumah keluarga Azi bagi menunggu ketibaan jenazah Allahyarham.

Malam tadi tular video menyayat hati seorang suami yang menjerit dan merintih memaklumkan isterinya berada di dalam kenderaan yang sedang marak terbakar.

Video berdurasi satu minit 37 saat itu memperlihatkan lelaki itu memanggil isterinya dan menyatakan tidak akan meninggalkan isterinya.

Dalam kemalangan ngeri kira-kira jam 7.45 malam tadi itu, dua individu maut dalam kenderaan yang marak terbakar selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan babitkan empat kenderaan, di Kilometer 45.7 Lebuhraya Plus Utara Selatan, Arah Selatan, berhampiran Sedenak.

REDZUAN ditenangkan ahli keluarga dan rakan ketika pengebumian Nurul Nazihah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
REDZUAN ditenangkan ahli keluarga dan rakan ketika pengebumian Nurul Nazihah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Temenin Lama, Kota Tinggi. FOTO NUR AISYAH MAZALAN
Ketika kejadian, Nurul Nazihah Kamalul Arifin, dipercayai tersepit di tempat duduk penumpang hadapan sementara suaminya berjaya ditarik keluar dari kereta oleh orang awam.

Identiti seorang lagi mangsa dari kereta berasingan masih belum dapat dikenalpasti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *