(VIDEO]Anak Punca Keretakan Rumah Tangga Puteri Sarah & Syamsul, Kazar Akhirnya Bersuara! – “Kalau Boleh …”

“Kalau boleh berdamailah…” itulah harapan dan komen pelakon Kazar kepada Astro Gempak buat pertama kali berhubung masalah anaknya, Ira Kazar yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan pengarah Syamsul Yusof.


Kazar atau nama lengkapnya Kazaruddin Saisi, 63, diminta mengulas mengenai isu tersebut selepas mendiamkan diri setelah sekian lama.

Pun begitu, Kazar memberitahu dia enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih berjalan di mahkamah.
“Tak tahu lah, tak nak komen apa kerana masih dalam proses di mahkamah. Lagipun ini bukan hal saya.

“Ini kerja Allah kita tak boleh kata apa, semua pun kena tanya Dia
“Saya harap kalau boleh berdamailah…Bukan masalah besar sangat,” ulasnya pendek.
Kazar ditemui ketika Anugerah Seri Angkasa 2022 yanh berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya malam tadi.

Kazar hadir selepas tercalon dalam kategori Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik. Namun kecundang selepas Nurkhiriah dinobatkan sebagai pemenang.
Sementara itu, Kazar sempat berpesan agar netizen tidak terlalu kasar dalam melontarkan kecaman terhadap anaknya.
“Saya nasihat pada netizen jangan terlalu kasar sangat. Komen yang baik-baik, ini semua kerja Tuhan.

“Ira pula kami satu keluarga menyokong dan sentiasa berada disisinya,” tambahnya.
Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan saman terhadap Ira yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.
Malah, pelakon itu juga mendapatkan perintah interim injuksi kepada pihak defendan berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Pada akhir Julai, Pengarah Jawi, Datuk Mohd. Ajib Ismail mengesahkan Ira Kazar hadir memberi keterangan berhubung gangguan orang ketiga dalam rumah tangga membabitkan Sarah dan Syamsul.
Ira disiasat berdasarkan Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.


Terdahulu, pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah dengan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *