“Kau nak aku? “-Vida ajak Michael Ang kahwin, Tapi letak satu syarat kalau nak mengahwininya buat semua terkejut…

RATA-RATA netizen bersetuju jika usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida berkahwin dengan pengarah terkenal iaitu Michael Ang.

Menjawab cadangan netizen ini, Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman, 51, berkata dia dan Michael perlu memikirkan banyak perkara sebelum meneruskan hasrat ini kerana kedua-duanya memiliki personaliti berbeza.

“Saya rasa dengan Michael Ang tu kena fikir dua kali sebelum kahwin.

“Sebab nanti nak kahwin dengan Michael Ang macam mana… dia dan saya mulut laser tak sempat apa periuk dah berterbangan.

“Gaduh baik, gaduh baik… begitu tak bolehlah bila jadi laki bini,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu Vida berkongsi lebih selesa berstatus bujang buat masa ini.

“Sangat selesa nak buat apa pun boleh… tidur bangun pukul berapa pun tiada masalah,”ujarnya.

Kalau nak mengahwininya Vida memberi tahu tak suka suami banyak mulut tambahnya..

Antara komen netizen,


Article sebelumnya,

Usahawan popular, Datuk Seri Vida akui terharu apabila berkesempatan meluangkan masa bersama pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu dan anak-anak ketika kunjungan mereka ke Ipoh, baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Instagram, Vida, Shuib dan anak-anaknya dilihat mesra menikmati makan malam di sebuah restoran.

Menurut Vida, dia sememangnya gembira apabila diberi ruang untuk berkongsi kasih bersama-anak-anak Shuib itu.

“Beginilah akrabnya hubungan saya dengan Shuib dan anak-anaknya. Terima kasih Shuib bagi saya menumpang kasih dengan Uwais, Talita dan Matin.

“Seronok luang masa dengan mereka. Semoga dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat,” tulisnya.

Video berdurasi hampir dua minit itu turut menyentuh hati banyak pihak selepas melihat aksi bersahaja anak sulung kepada Shuib dan Allahyarham Siti Sarah, Uwais Alqarni yang memeluk erat Vida ketika pertemuan tersebut

Turut dlihat ada bersama ketika sesi makan malam itu termasuklah bapa kepada Allahyarham Siti Sarah, Raisuddin Hamzah.

Malah, Vida dan Shuib turut merakamkan gambar kenang-kenangan setelah selesai sesi makan makan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat hubungan akrab tersebut selain turut mendoakan semoga anak-anak Shuib sentiasa memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.

“Part Dato tolung tutup mulut Talita masa menguap tu sweet sangat.

“Allah luluh hatiku melihat anak-anak Shuib. Terima kasih DSV selalu bertemu mereka. Kalau la saya dapat jumpa ank-anaknya, saya pun ingin memanjakan mereka seperti ibu mereka sendiri. Semoga Allah melindungi DSV, Shuib dan anak-anak sentiasa Aamiin.

“Semoga persahabatan berkekalan till jannah. Doa yang baik-baik. Semoga kebaikan itu kembali kepada kita semua.

“Sebak pula tengok. Makin lama mungkin mereka makin kuat rindukan arwah ibunya.

“DSV terbaik menyantuni anak-anak yatim,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida meluahkan rasa kecewanya apabila perniagaan anaknya, Cik B dikatakan sendu sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, kedai Cik B dulu dipenuhi dengan pelanggan yang kebanyakkannya datang untuk menikmati corndog serta air boba yang dijual disitu kini mulai sepi selepas didakwa disihir seseorang.

Tambah Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, kedai terletak di Jelapang, Ipoh itu berkemungkinan disihir oleh seorang individu yang dikenalinya

Tebang lagi sekali pokok pisang
Oleh sebab itu, menerusi perkongsian terbarunya di media sosial, usahawan terbabit telah datang ke kedai Cik B dengan membawa sekali air rendaman daun bidara yang disarankan oleh seorang ustaz untuk menghilangkan sihir tersebut.

Pokok pisang yang berada berhampiran dengan kedai itu turut ditebang sekali lagi selepas ditebang sebelum ini memandangkan beliau percaya sihir tersebut berkemungkinan berada di situ.

Ustaz nampak sawang labah2
Dalam pada itu, Vida juga memaklumkan ustaz yang ditemui ada mengatakan terlihat tanah kubur serta sawang labah-labah berhampiran kedai Cik B berkemungkinan menjadi penyebab kemerosotan perniagaannya.

Boba ni minuman bermusim
Perkongsian yang dibuat Vida itu menuai pelbagai komen daripada warganet terutamanya di TikTok. Ada yang mengakui bahawa kedai Cik B seakan tiada seri dan tidak kelihatan.

Ada juga warganet memberikan pandangan dengan mencadangkan agar Vida merubah lokasi kedai tersebut supaya mudah dilihat pengunjung.

Benda macam ni memang biasa jadi

Mungkin kena berubat diam2 biar pelaku tak tahu

Lokasi tak kena Dato’


Nampak macam tak ada seri

Mungkin kena ubah lokasi


Sumber: TikTok datoserivida, Instagram datoserivida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *