“Kalau ya dah tunang, mana gambar?,” Sekali Ini Jawapan Azri Iskandar…

Kisah percintaan antara pelakon Azri Iskandar dan kekasih, Dr Azra Diera mendapat perhatian ramai orang

Sah bertunang

Memetik laporan Harian Metro, Azri mengesahkan mereka sudah bertunang pada 29 Jun lalu dan sedang menanti hari untuk diijabkabulkan.

Kata Azri, 57, dia kini dalam fasa bahagia menjalani hubungan itu.

Perancangan nak kahwin mestilah jadi. Kami sedang dalam fasa gembira sebagai pasangan yang sudah bertunang sekarang. Kami bertunang pada 29 Jun lalu di kediaman keluarga Azra di Kangar, Perlis.

Kami akan bernikah di Kangar juga dan majlis di sini pun ada. Cuma, tarikh saja belum ada lagi. Mungkin masa cuti sekolah akan datang, insya-Allah.

Mana ada ‘love scam’

Ditanya tentang dakwaan terkena ‘love scam’, pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar membalas, “Kepala otak mereka yang ada elemen scam. Hati tak baik, boleh ‘blah.”

Dalam pada itu, pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi foto majlis pertunangan kerana ingin menghormati permintaan Azra dan keluarganya.

Maaf, Ara (Azra) dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin saja.

Terdahulu, Azri mengesahkan dia bakal berkahwin dengan Azra dan menghantar rombongan merisik ke Perlis pada 23 Jun.

Untuk rekod, Azri bercerai dengan Ellie Suriati pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Sumber: Harian Metro

Article sebelumnya,

“Tahniah ” Azri Iskandar Umum sah jadi tunangan Azra Diera.. Azri dedah bila dia akan kahwin..

Dalam fasa bahagia, Azri Iskandar Umum sah jadi tunangan Azra Diera.. Azri dedah bila dia akan kahwin..

Pelakon senior, Azri Iskandar mengesahkan dirinya sudah bertunang dengan kekasih hatinya yang juga seorang penulis skrip, Dr. Azra Diera,43, di Kangar, Perlis pada 29 Jun lalu.

Dalam pada itu, pelakon berusia 54 tahun itu mengatakan dirinya sekarang berada dalam fasa bahagia sebagai pasangan bertunang dan sudah mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis kahwin.

Pun begitu, tarikh nikah dan majlis kahwin sahaja masih belum ada dan berkemungkinan diadakan pada musim cuti persekolahan akan datang di Kangar, Perlis.

Dikesempatan itu, pemilik nama Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar menafikan dirinya terkena ‘love scam’ seperti yang dibualkan ramai.

“Kepala otak mereka yang ada elemen scam. Hati tak baik, boleh ‘blah’,” katanya.

Disoal mengenai gambar majlis pertunangannya, Azri memohon maaf kerana tidak boleh berkongsi bagi menghormati permintaan keluarga Azra. Tambah bapa kepada lima orang cahaya mata, dia hanya akan berkongsi gambar setelah mereka berkahwin nanti.

“Maaf, Ara (Azra) dan keluarga tak izinkan. Tunggu kami kahwin saja,” katanya.

Sekadar info, Azri dan pelakon Ellie Suriaty sah bercerai talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama dan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13.

Pun begitu, Azri turut mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31; Farah Qistana, 29; dan Nur Anis Mastura, 27 menerusi perkahwinan pertamanya.

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahi)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *