“Kalau Diberi Peluang Untuk Berdepan, Saya Akan Cakap…” – Awie Bagi Komen ‘Padu’ Untuk Aliff Syukri..

Berikutan muzik video lagu raya sebelum ini, Kelepok Raya dikecam teruk, Datuk Seri Aliff Syukri dilaporkan telah dipanggil oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) selepas ramai membuat aduan tentang konsep video tersebut yang mencetuskan kontroversi.

Malah, ramai menganggap usahawan kaya raya itu hanya merosakkan industri hiburan tanah air.

Bukan netizen saja, golongan selebriti sendiri juga turut memberi teguran dan komen kepadanya kerana isu ini.

, Awie juga dikatakan turut memberikan komen ‘padu’ apabila ditanya tentang Aliff Syukri dan muzik videonya itu.

Penyanyi lagu Iris itu berpendapat adalah lebih baik jika Aliff menggunakan wang yang dimilikinya itu untuk memberi dana kepada industri dan membantu penyanyi berbakat yang ada.

Kalau boleh tak payah buat langsung sebab dia bukan penyanyi pun. Kalau nak buat bagi orang profesional yang buat… kamu keluar duit sudah sebab banyak duit.”

Kata Awie lagi, jika dia diberi peluang untuk bertentang mata dan bercakap berdepan dengan Aliff Syukri dia hanya akan meminta,

Please, stop! Duit itu kamu laburkan supaya industri tak tenggelam dek benda yang tidak bermoral.”


Sumber beautifulnara, mstar

Terbaharu, usahawan kontroversi, Aliff Syukri memaklumkan dia akan tetap melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul Baby Sayang meskipun sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Aliff di laman TikToknya, dia bersama Baby Shima kelihatan sedang bersanding di sebuah pelamin dengan memakai baju pengantin serba lengkap yang dipercayai sebahagian daripada babak muzik video Baby sayang itu.

Ujar Aliff di ruangan kapsyen, segala kegelisahan yang dialami oleh rakyat Malaysia berkaitan lagu terbaharunya itu akan terjawab apabila dia mengambil keputusan untuk melancarkan lagu tersebut pada hari ini, jam 12 tengah hari di saluran YouTube, Tv Terlajak Laris.

Lakonan dia menjadi, habis satu Malaysia tertipu!
Keputusan yang dilakukan oleh usahawan yang berusia 35 tahun itu telah mencetuskan kemarahan ramai dan menyifatkan dia telah mempermainkan rakyat Malaysia dengan drama air matanya yang memohon maaf kepada umum berkaitan muzik videonya itu, sebelum ini.

Apa lah perasaan isteri dia tengok perangai Alif macam ni
Bukan itu sahaja, dalam babak muzik video yang dimuat naiknya itu terlihat jelas aksi mesra dia bersama Baby Shima di mana penyanyi dangdut sensasi itu seakan memeluk tubuh Aliff ketika berada di atas pelamin.

Susulan itu, rata-rata netizen menyelar tindakan dua selebriti tersebut yang tidak menjaga maruah serta batas masing-masing tambahan pula status Aliff sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anaknya.

Terdahulu, Aliff tampil memohon maaf secara terbuka di laman Instagramnya kepada umum terutama ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.

Malah, dia juga mengambil keputusan untuk mengundur diri dari dunia media sosial demi menjaga nama baik ibu tercinta, isteri dan anak-anaknya.

Sumber: TikTok @aliffsyukriterlajaklaris

Terdahulu,

Sejak beberapa hari lalu, nama Datuk Aliff Syukri menjadi bualan ramai sehingga menjadi bahan kecaman selepas tular video kontroversinya yang berdangdut dengan penyanyi Baby Shima.

Sebelum itu Aliff Syukri sudah terkena tempias makian netizen selepas memuatnaik teaser lagu terbaru yang melibatkan dua individu cukup kontroversi iaitu Kak Long 7E dan Ratu Farah Diva. Apatah lagi video teaser tersebut menunjukkan dua individu itu terkinja-kinja di sebuah kenduri di kampung.

Video ada di bawah sekali..
Kontroversi demi kontroversi kemudiannya telah menarik perhatian ibu tercinta iaitu Bonda Rozita Ibrahim yang turut mencoretkan sebuah komen membidas kelakuan Aliff yang dianggap keterlaluan dan mengundang bala.

Susulan itu Aliff Syukri pada malam tadi memuat naik satu video dalam keadaan menangis dan memohon maaf berkali-kali kepada ibu dan isterinya.

Dia juga memohon maaf kepada pengikutnya dan mengumumkan akan mengundurkan diri dari media sosial demi keluarga.

“Pada semua saya nak mohon kemaafan dan kekhilafan saya selama saya di media sosial ni. Saya minta maaf banyak-banyak dari hujung rambut sampai hujung kaki terutama kepada mak saya, isteri saya.. Saya memohon maaf banyak-banyak.

“Demi mak saya, isteri dan anak-anak saya, saya tak main laman sosial dah tapi kalau jumpa dekat luar kita tegur-tegur ya. Saya minta maaf. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Lama dah saya buat media sosial saya, Facebook, Myspace.

“Terima kasih atas sokongan anda semua, terima kaih kepada semua pengikut saya. Ini adalah dugaan paling berat untuk saya. Doakan terbaik untuk perniagaan saya,” luahnya.

Bagaimanapun meninjau reaksi ramai di Facebook, mereka masih lagi mengusik dengan mengatakan ‘jumpa minggu depan’, kerana percaya penyesalan Alif Syukri itu bersifat sementara sahaja.

Aliff Syukri jual akaun Instagram RM500,000

Memiliki pengikut 4.3 juta, usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menawarkan kepada mana-mana pengguna yang ingin membeli akaun Instagram miliknya dengan harga RM500,000.

Beliau berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya hari ini.

Terdahulu, Aliff memuat naik video sedang menangis teresak-esak dan mengakui dirinya mempunyai masalah mental tahap dua.

Dalam pada itu, beliau turut memohon maaf kepada keluarganya serta orang ramai atas segala kesilapannya selama ini serta memaklumkan bakal mengundur diri dari media sosial.

Sehubungan itu, tinjauan Kosmo! di akaun sosial miliknya dapat dilihat tiada sebarang hantaran di kongsikan lagi dan gambar serta video sebelum ini juga telah dipadam

Post terbaru intagram Aliff Syukri
terbaru, instagram alif syukritelah memuat satu video lagi dangdut yang dinyanyikan bersama baby shima. tetapi video tersebut tidak kelihatan wajah baby shima. lihat video..

Reaksi bonda selepas lihat video tersebut.

Sumber: intagram alis syukri dan bhrian, webfast

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *