“Kakiku Ditarik Tolong” -Baru Nak Bergambar, Lelaki Panik Ditarik Orang Utan

Bila tiba saja musim persekolahan pasti ramai sekali yang akan mengambil kesempatan untuk berkunjung ke tempat-tempat perlancongan seperti muzium, pantai dan juga zoo.

Bukan sahaja kanak-kanak yang teruja, bahkan orang dewasa juga tak kurang ingin merasai keseronokan tersebut.

Baru hulurkan tangan baju sudah kena tarik

Baru-baru ini sempat tular menerusi satu video dimuat naik di TikTok, seorang lelaki yang mengunjungi sebuah zoo pada awalnya mahu bergambar bersama seekor orang utan namun malah berlaku kejadian tidak diingini.

Perlakuan binatang itu yang tiba-tiba sahaja menarik baju individu tersebut mengejutkan pengunjung yang lain. Umpama ‘meroyan’,  haiwan tersebut terus-terusan menarik pemuda berkenaan ke dalam dakapannya.

Berkali-kali individu berkenaan cuba untuk melepaskan diri, namun cengkaman dari orang utan tersebut semakin kuat.

 

Gara-gara itu, lelaki berkenaan akhirnya dibantu oleh seorang pemuda lain dipercayai rakannya sendiri.

Lebih kelakar lagi, haiwan itu seakan-akan tidak mahu melepaskan pegangan tersebut.

Saya sudah terlanjur cinta kepadamu

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen sempat berseloroh kononnya orang utan tersebut sudah terpikat habis dengan individu itu.

Dalam pada itu, ramai yang terhibur melihat gelagat panik lelaki berkenaan berusaha sedaya upaya melepaskan diri.

Sumber erin sakura

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *