Jenguk ibu kurang sihat di Sabah, ramai kagum MK jadi imam & pandai ngaji

Selebriti yang memulakan kerjaya sebagai penyanyi dan kini sedang aktif berlakon, MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan sering menjadi perhatian warganet lebih-lebih lagi peminat wanita.

Dengan imej ‘bad boy’ namun dekat dengan keluarga membuatkan personaliti MK terserlah dan terus digilai ramai gadis tanpa menenggelamkan bakat seni yang ada pada dirinya.

Balik Sabah jenguk ibu kurang sihat
Baru-baru, kakak kepada selebriti berkenaan telah berkongsi momen pulang ke kampung halaman di Sabah di akaun TikTok @wawa .evs bersama adik-beradik yang lain bagi menjenguk ibu mereka yang kurang sihat.

Sama2 pimpin bacaan zikir
Apa yang menarik perhatian ramai adalah tindakan MK yang mengaji bersama-sama dengan keluarga yang lain serta menjadi imam membuatkan ramai gadis kembali ‘cair’ dengan apa yang dilakukan olehnya.
Kita tak boleh judge a book by its cover
Dalam video tersebut juga, dia yang sedang mengetuai bacaan zikir bersama ahli keluarga yang lain turut tidak segan meminta bantuan ibunya dalam memperbetulkan apa yang dilakukan.

Justeru itu, ruangan komen TikTok @wawa.evs telah dipenuhi dengan pujian dan rasa tidak sangka MK merupakan seorang yang cukup berbeza dengan penampilan yang biasa kita lihat.

Lelaki idaman gadis2

Anak yang bertanggungjawab

Ada yang tawar diri jadi menantu

Semoga ibu MK segera sembuh
Walau bagaimanapun, mereka juga tidak lupa mendoakan agar ibu kepada MK segera sembuh dan masing-masing diberi kesihatan yang baik pada masa akan datang agar dapat sama-sama berkumpul seperti itu lagi.

Sumber :OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *