Jangan Isi Air Panas, Ini Tips Mudah ‘Defrost’ Daging Dengan Cepat

Antara menu wajib menjelang raya pastinya hidangan rendang daging yang dipadankan bersama ketupat palas, nasi impit atau lemang.

Sebelum memasak, daging yang disimpan di dalam peti sejuk perlu dicairkan terlebih dahulu. Jika ada tetamu yang datang mengejut ke rumah, pasti panik dibuatnya apabila daging masih keras.

Oleh itu, apa kata anda cuba tips untuk defrost daging dengan cepat seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook Sharifah Nor Hj Abdullah ini.

Tips ‘defrost’ daging dengan kadar segera

Tips yang dikongsikan oleh Puan Sharifah ini amat mudah iaitu hanya menggunakan dulang besi dan ditindih dengan periuk berisi air biasa. Tak perlu menggunakan air panas pun.

Menurut Puan Sharifah, daging akan menjadi lembut semula dalam tempoh tidak sampai 30 minit. Sangat mudah dan pantas terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai microwave atau peralatan memasak lain.

Nak masak, daging masih keras dalam freezer. Nak defrost ambil masa jugak kan? Di sini saya bagi tips macam mana nak defrost dengan kadar segera.

Letakkan daging tu di atas dulang besi (jangan buang plastiknya) tindih dengan periuk yang berisi air biasa (jangan isi air panas). InshaAllah, dalam masa tak sampai setengah jam daging tu akan lembut balik. Cubalah.

sumber :siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *