Ini Respon “balas” Fazura ttg ‘Komen Diana’ yg k3cam lofa Di Live Tik Tok semalam.

Selebriti dan usahawan, Nur Fazura memilih untuk tidak mengulas lanjut susulan namanya yang berhubung ‘komen Diana’ sesi siaran langsung menerusi TikTok yang dibuat Neelofa baru-baru ini.

Menurut Fazura, 38, dia tidak perlu untuk menjawab mengenai isu tersebut kerana ternyata perkara berkenaan tiada kena mengena dirinya.

“Saya ada dengar pasal ini juga. Saya rasa ini tiada kena mengena dengan saya… Diana ke apa nama tu.

Soalan ini tidak sepatutnya ditanya kepada saya… apa yang berlaku di luar sana saya tidak tahu menahu.

“Daripada komen perkara yang saya tidak tahu, lebih baik saya fokus pada apa yang saya lakukan sekarang,” katanya.

Pelakon filem Pisau Cukur itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Faztival Fazura yang berlangsung di ibu kota, petang tadi.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai tindakan Neelofa memberikan respon berkenaan komen seorang netizen ketika sedang bersiaran langsung di TikTok bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz.

Difahamkan, pengguna yang menggunakan akaun Diana itu meninggalkan komen tentang bagaimana bagusnya jika Fazura juga mengeluarkan produk inai.

Sejak akhir-akhir ini, Neelofa dan suaminya, Haris Ismail dilihat makin aktif membuat ‘live’ di Tiktok.

Bukan setakat bagi mempromosikan produk keluaran mereka, tetapi juga dapat berborak dengan pengikutnya walaupun secara maya.

“Kenapa buat Lopa murka?”
Bagaimanapun, sesi ‘live’ mereka baru-baru ini menyaksikan sedikit ketegangan apabila selebriti dan juga usahawan itu meminta suaminya ‘block’ individu bernama Diana.

Detik kejadian ada dimuat naik oleh pemilik akaun bernama @arifeddy di laman Twitter dengan kapsyennya yang bertulis,

“Diana ni kenapa buat Lopa murka?”

Demikian kerana tindakannya membanding-bandingkan produk inai keluaran Neelofa dengan seorang lagi selebriti yang cukup dikenali iaitu Fazura.

https://twitter.com/arifeddy12/status/1557226679302750209?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1557226679302750209%7Ctwgr%5E4e1685ee0ff8f841dd2188115fb4fdc3973b7c73%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fredaksi.com%2F17062-tolong-block-dia-ni-neelofa-koyak-produk-dibanding-dengan-artis-f-waktu-live
Wanita 52 tahun dengan muka baby face. Dia lakukan sebelum tidur

“Lurve Diana!”
Melihat ekspresi Neelofa, warganet terus membanjiri ruangan komen dengan pelbagai respon yang rata-ratanya mentertawakan tindakan berani Diana selain berterima kasih kepadanya kerana telah mewakili mereka menyuarakan hal tersebut.

“Hidup Diana!”

“Dah koyaklah tu”

SUMBER:
Twitter @arifeddy12

Terdahulu,

Baru-baru ini, selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor menjadi bualan netizen apabila dia tidak menghiraukan pemberian hadiah daripada peminatnya mengundang rasa tidak puas hati orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @partnernunha di laman TlkToknya, kelihatan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail sedang membuat live di TlkTok bersama pengikut mereka, semalam.

Dalam rakaman tersebut, Neelofa bertanyakan pendapat kepada pengikutnya sama ada produk kecantikan yang ingin dikeluarkan akan memberi manfaat atau sebaliknya kepada syarikat.

Ketika leka meluahkan rasa yang dialaminya, salah seorang pengikutnya telah memberi hadiah Swan namun, tidak diendahkan oleh selebriti kelahiran Kelantan itu sebelum ditegur oleh suaminya sebanyak dua kali untuk mengucapkan terima kasih kepada peminat tersebut.

Tak hargai ke hadiah daripada peminat tu?
Susulan itu, respon yang ditunjukkan oleh Neelofa telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen dan menyifatkan dia tidak menghargai pemberian hadiah daripada peminat.

“rasa kesian Dan sedih dgn org bgi gift tu…”
“haris dua kali lang suruh dia beterima kasih eh dia boleh pulak xkisah”
“I tak kisah ” kerlassssss

“amboi tginye mndongak haijahted… taw kya ry but sekurang2nya ucaplah tq”
“org yg bgi gift baik bgi kt orq2 biasa,, mesti diorg sujud syukur sqt..”
“Yg bg gift tu rse menyesal ke sedih ke cane awk”

“sapew yg bgi gift tu msti m,yesal giler sbb dia tk kisah pun bnda tu yg lg penting skincare ucap terima kasih pun lepas suami soh ckp”

“omaigad macam tu eh cara neelofa ni, tak sangka”
“suami tegur pun dia buat endah tak endah. lagi
korang reseller”
“nnti dah buat skincare dah ramai agent dia tggl terkontang kanting. pastu Jual bende lain. pastu tggl lagi. gitulah sampai abg j idop balik”


“Nunha pn x abis , nak keluarkan skincare. Lepastu stokis terpaksa amik sbb dah ada deal. Nunha dkat tangan stokis x abis Igi sbb de org beli.”

“kalau inai n semua produk lofa ku terjebak tp klu skincare rse tak terikut sbb dh thu muka dia tepek yg mahal je kan sblm”

“angan2 la nk bisnes mcm kardashian.enough la weii..naelofar tu nasib baik si aqief yg handle,kalau x g tu sekali melingkup”

“Nak keluarkan skincare pulak”
Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut mempertikaikan keputusan Neelofa untuk melancarkan produk kecantikan dibawah syarikatnya meskipun dia sebelum ini pernah dikatakan ‘tlkam belakang’ para stokis dan ejen inai Nunha keluarannya.

Tonton klip penuh:

Video Player

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Sumber OMM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *