Dlu org Panggil saya” kaki gduh “, Sekarang mereka rujuk saya minta pendapat..

Pernah dilabel sebagai artis ‘kaki gaduh’, kini selebriti vertasil, Ifa Raziah menjadi antara inspirasi dan tempat rujukan bagi rakan-rakan artis yang ingin memulakan perniagaan.Menurut Ifa, apa yang berlaku pada masa lampau menjadikan dirinya lebih matang pada hari ini.

“Alhamdulillah, apa yang terjadi pada waktu dulu, itu semua cerita lama. Dulu darah muda sekarang darah tinggi. Bila dah berusia, kita akan jadi lebih matang. Proses seperti ini yang menjadikan kita yang sekarang.“Dulu kebodohan kita ini disebabkan darah muda. Walaupun orang nak dengki atau mengata saya, biarlah kerana saya akan tetap begini. Yang saya tahu, saya nak buat kerja saya sahaja.

 

“Kerja keras saya bukan hanya untuk diri sendiri tapi juga untuk orang-orang di sekeliling yang saya kena jaga,” katanya kepada MH.Ifa ditemui ketika merasmikan Fiesta Market Celebrity sempena Pameran Datuk Sudirman Hj Arshad Warisan Sudir: Tribute Kepada Penghibur No 1 Asia di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang pada Sabtu.

 

Katanya lagi, dia juga gembira kerana dapat berbakti semula di dalam industri dengan menyediakan platform buat rakan-rakan artis memulakan bisnes.“Bila orang tanya apa sumbangan saya terhadap industri seni? Inilah dia. Ini yang orang tak nampak atau buat-buat tak nampak.“Mungkin sumbangan saya bukan kerana suara saya. Jadi, dengan cara lainnya, saya bantu rakan-rakan artis dengan mencipta satu platform untuk mereka berniaga.

“Mungkin saya tak bantu dengan duit tapi saya bantu menaikkan jenama mereka,” kongsinya lagi.Tambah Ifa, dia juga tiada masalah untuk menyokong rakan-rakan artis yang ingin meceburi bidang yang sama dengannya meskipun sudah terlebih dahulu menempa kejayaan.MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *