Husnuzon ingatkan dagiing, wanita nangis bila tarik Rupa-Rupanya…

Bila sebut pasal makan, lebih-lebih lagi kaum wanita, pastinya inginkan makanan tersebut memenuhi cita rasa mereka terutama ketika sedang lapar.

Namun malang bagi wanita ini ketika pesanan roti canainya bertukar tragis apabila terdapat kandungan tak ‘semenggah’ di dalamnya!.

“Ingatkan daging, rupanya mop!…”
Perkongsian @yonabi di Tiktok menunjukkan video wanita berkenaan yang menangis ketika mendapati roti canai yang dimakan tidak lumat apabila dikunyah berkali-kali.

Alangkah terkejutnya dia ketika menarik ‘sesuatu’ yang disangka daging, rupanya tali mop…

“Kunyah tak lumat rupanya tali mop, menangis member…”
Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen kembang tekak melihat bahan tambahan yang ada di dalam roti canai berkenaan dan masing-masing berkongsi pengalaman ngeri yang sama…

“Dalam roti canai saya pernah ada bulu…”

“Pernah kena, kunyah2 keras rupanya kuku ibu jari kaki…”

“Pernah minum air teh o ais ada baby lipas…”

Sumber redaksi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *