“Hancur rumah!” – Jiran sakan bina banglo 2 tingkat, lelaki sedih rumah musnah kena tempi as.. Lihat keadaan rumah dia, Sampai Macamtu sekali..

Bukan mudah untuk memilki sebiji rumah pada masa kini. Mana tidaknya, hendak membeli rumah lelong pun kadang kala memakan ratus ringgit.

Lagi tidak terbayang apabila rumah yang selama ini menjadi idaman musnah angkara orang jiran yang tidak berhati perut.

Jiran renovasi terkena tempias.
Itulah yang dialami oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Rakeshbathumalai apabila berkongsi sebuah video dimana meluahkan rasa kecewa apabila jirannya memabah binaan sehingga merosakkan struktur rumahnya.

Dalam video yang dimuat naik itu, dapat dilihat kawasan rumah tersebut adalah rumah teres Satu tingkat namun jirannya itu telah bertindak menjadikan rumah dua tingkat.

Apa yang mengecewakan lelaki berkenaan apabila pihak berkuasa bukan sahaja dikatakan tidak mengambil tindakna namun telah menandakan kerosakan rumahnya akan tetapi masih tiada tindakan lanjut.

Rakesh juga meluahkan rasa pelik bagaimana pihak berkuasa boleh meluluskan pembinaan tambahan jirannya tanpa mengambil faktor risiko yang boleh berlaku apabila binaan siap.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut berang akan tindakan jiran yang tidak bertanggungjawab.

Malah, mereka juga bersimpati apabila rumah lelaki berkenana sudah tidak selamat untuk didiami.

Ada tanda-tanda nak runtuh

Nak tinggal situ pun takut

Kena tindas ni

Video :

Sumber redaksi.com

Article sebelumnya,

Baru Je kak KM beli banglo mewah 5juta, Tapi dah nak runtuhkan. Ini puncanya.

DI SEBALIK kegembiraan berjaya membeli sebuah rumah lot banglo, usahawan sensasi Kak KM juga tidak terlepas daripada kecaman apabila dia dikatakan sengaja mempamerkan kemewahan di media sosial.

Enggan ambil pusing dengan kecaman netizen itu, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berharap apa yang dikongsi itu dapat memberikan inspirasi kepada orang ramai supaya berusaha lebih gigih dalam mencapai sesuatu impian.

Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati.

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” katanya kepada mStar.

Bagaikan tidak dapat lari daripada kecaman, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri ini berkata sudah lali dengan segala kata-kata buruk yang dilemparkan.

“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.

“Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.

Bercakap tentang banglo mewah yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur itu, Kak KM memberitahu urusan pembelian rumah dan tanah berharga RM5 juta itu sudah dilakukan sejak tahun lalu dan dia baharu sahaja menerima kunci rumah secara rasmi pada Ahad.

Kata Kak KM, dia akan melakukan proses ubah suai terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri sebelum berpindah dan menetap di sana.

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.

“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” jelasnya.

Mstar & yt mask on channel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *