“Gila Ke Telan Telur Mentah Sampai 5 Biji?” – Beranak 5 Kali Tak Koyak, Netizen Kritik Tips ‘Palatao’ Wanita Ini

Baru-baru ini perkongsian seorang ibu kepada 5 orang cahaya mata tentang tips untuk melahirkan anak tanpa koyak mendapat perhatian ramai kaum Hawa yang lain.

Menerusi video dimuat naik di TikTok dan Facebook, wanita dikenali oleh pengikutnya dengan panggilan Dikyah mendedahkan bahawa dia tidak pernah dijahit selepas melahirkan kesemua lima anaknya secara normal

Disebabkan ada yang bertanya, Dikyah telah memuat naik video memberikan tips yang diamalkan olehnya dan turut mendakwa cara itu membuatkan ‘vagina’ tidak koyak.

Mengejutkan, Dikyah memaklumkan dia mengamalkan makan telur mentah lebih kurang 5 biji yang dicampurkan dengan marjerin.

Dakwanya lagi, tips itu membuatkan ibu mendapat lebih tenaga ketika proses meneran serta turut melembutkan peranakan.

Minum maso contraction. Duk tengoh mulas nok branok agok agok 4-5cm, togok slaluh. Kalu bo stakat mulas nok berok toksoh lorak togok lah nyor

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai jenis reaksi netizen didi mana ramai yang menegur amalan tersebut membahayakan kerana ibu mengandung berisiko terkena kuman salmonella jika telur dimakan mentah.

Namun, mengejutkan apabila ternyata ada juga wanita lain turut mengamalkan tips tersebut ketika mengandung dan sebelum melahirkan.

Ada juga segelintir yang berpendapat perkara itu adalah rezeki masing-masing, bukanlah disebabkan tips atau amalan seperti dinyatakan.

Menurut mereka ini, tidak semua ibu dapat pengalaman beranak tanpa jahitan. Itu semua adalah kehendakNya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sumber beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *