[VIDEO] Keluarga Paksa Kahwin Lelaki Lain, Tengok apa yang berlaku bila bekas kekasih naik pelamin bawa bunga tu..

Seorang pengantin wanita di Jakarta hanya mampu mengalirkan air mata apabila melihat bekas kekasihnya hadir ke majlis perkahwinannya.

Lelaki datang majlis bekas kekasih

Menerusi video yang dimuat naik oleh Kendariinfo di Instagram, memaparkan bekas kekasihnya itu datang memberi sejambak bunga. Difahamkan, majlis perkahwinannya itu berlangsung pada 14 Julai lalu di Desa Tumbudadio, Tirawuta, Sulawesi Tenggara.

Lebih menyedihkan lagi apabila wanita berkenaan dikenali sebagai Siska dijodohkan dengan lelaki lain secara tiba-tiba sehingga dia terpaksa putus dengan bekas kekasihnya.

Melihat bekas kekasihnya itu hadir, pengantin wanita yang berusia 17 tahun itu terus menangis. Meskipun, sudah dipujuk oleh ahli keluarga supaya bertenang, namun dia tetap menangis di hadapan para tetamu yang datang.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Ebil mengatakan bahawa dia tidak mahu dikenali sebagai pecundang (orang yang kalah) oleh rakan-rakannya kerana tidak hadir ke majlis bekas kekasihnya itu.

Kalau tak pergi nanti dipanggil pecundang.

Datang bawa sejambak bunga

Sumber ohbulan

Terdahulu,

Nama ‘ikon permotoran’ Haqiem Stopa rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Mana tidaknya pemuda berusia 22 tahun itu menjadi bualan ramai selepas Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberikan gelaran kepadanya sebagai ikon permotoran anak muda.

Terbaru, tular gambar Tiktokers itu dikenakan saman kerana tidak mempunyai lesen kenderaan. Menerusi gambar itu, Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar baru sahaja disaman pada 17 Julai lalu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pukul 11.39 minit malam.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai di mana ramai ‘geli hati’ apabila mengenangkan ikon permotoran yang ‘disanjung’ itu sebenarnya tidak mempunyai lesen memandu.

Steady ikon permotoran!

Terdahulu, video kehadiran Haqiem Stopa ke sekolah untuk berkongsi kisah kehidupannya telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata kurang bersetuju dengan perkara tersebut.

Malah, Menteri Kanan Pelajaran ,Senator Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin mengatakan pihak KPM akan memanggil pemuda tersebut.

Sumber: Facebook Kau ninggal jela

Pengacara terkenal, Iesya Toh tampil bersuara terhadap tindakan Timbalan MenteriPerpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal yang menerima kunjungan anak muda yang terkenal dengan jolokan ikon permotoran anak muda, Haqiem Stopa. Malah, Haiqem juga akan turut menyertai acara sambutan ulang tahun ke-10 Santai Anak Utara yang bakal dijalankan dalam masa terdekat.

“Siapa Stopa”
Menerusi hantaran di Instagram, Iesya mempersoalkan tindakan Wan Ahmad Fayhsal yang ‘mengiyakan’ jolokan ikon terhadap pemuda itu.

“Sampai ke malam ni orang dok tanya, siapa stopa yang YB ‘mengiyakan’ jolokan IKON ni?

Lebih Baik Jadikan Hafizh Syahrin Sebagai Ikon Anak Muda
Tambahnya lagi, dia turut berpendapat adalah lebih baik menjadikan bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin sebagai ikon anak muda berbanding pemuda berusia 22 tahun itu walaupun sering memberikan mesej positif untuk saling hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat.

“Biar betul YB?? Besar makna IKON tu.. Baik laa YB angkat atlet permotoran & bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah sebagai ikon anak muda. Bagus mesej nya, elak rempit jalanraya. Jadikan sebagai karier.”-Iesya Toh

via Instagram Iesya Toh
Netizen Luah Rasa Tidak Puas Hati
Tinjauan Murai My di ruangan komen pengacara terkenal itu mendapati, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan Timbalan Menteri Perpaduan Negara. Malah ada yang mengatakan mereka tidak mengenali siapa Haqiem Stopa yang dianggap sebagai ikon permotoran anak muda itu.

“Sorry YB, saya pun tak kenal dia. Hafizh Syahrin, saya kenal la..”

“Ikon tiktok. Moto tak follow standard jpj. Lumba atas jalan raya bukan di litar. Pelik-pelik YB ni.”

“Masalahnya dia bukan minat moto pun kat facebook group moto ke apa otai otai semua kecam dia. Dulu gambar macam gayboy tapi ngaku main motor dah lama. Btw saya bukan budak motor tapi dia memang tak layak orang angkat jadi ikon.”

via Instagram Iesya Toh
Menerusi media sosial Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal meluahkan rasa kagum dengan semangat dan keikhlasan seorang anak muda, Haqiem Stopa yang berusia 22 tahun yang menyatakan keinginannya untuk menggunakan popularitinya sebagai platform untuk menyatupatukan belia di negara ini.

Sumber OMM & Murai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *