“Hamil 4 bulan” , “Saya Lari Tak Cukup Tanah,” – Shahida Menjerit Sakit, Alami Pendarahan, Aliff Syukri Dedah keadaan Datin Shahida Ini berlaku…

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan isterinya, Datin Shahida yang kini hamil empat bulan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami komplikasi pendarahan yang agak teruk.

Khabar mengekutkan itu dimaklumkan sendiri oleh Aliff menerusi sebuah hantaran video di Instagram.

Menurut Aliff, dia sememangnya amat terkejut saat mendengar isterinya menjerit disebabkan pendarahan tersebut.

“Tengah sibuk buat live (sesi siaran langsung), tiba-tiba isteri saya menjerit sakit dan mengalami pendarahan yang banyak.

“Masa ni saya lari macam tak cukup tanah. Saya hanya fikir bayi dan isteri saya,” tulisnya.

 

Dalam pada itu, bapa kepada lima orang cahaya mata itu memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan semoga tiada apa-apa yang serius berlaku pada isterinya itu

“Awak saya sedih. Doakan smuanya selamat. Masa ni semua jadi kelam kabut. Sepanjang perjalanan wife saya mengalami pendarahan,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Aliff turut memaklumkan dia terpaksa membatalkan beberapa urusan kerja atas faktor kesihatan isterinya itu.

“Sepatutnya minggu ini saya ada event perasmian koleksi telekung dan tudung @as.hijabofficial tapi sebab @shahidadherbs mengalami pendarahan saya terpaksa lancarkan secara online sahaja. Inyallah dah sehat nanti kita rasmikan di butik,” kongsinya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Aliff dan Shahida.MH

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *