Daripada pakai mask hari-hari, Yatt Hamzah nekad berpurdah demi jaga diri

Semakin banyak artis-artis yang mula mengubah penampilan mereka, dari pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat kini ada juga dalam kalangan selebriti ini mengenakan purdah atau niqab.

Jika sebelum ini Neelofa memulakan langkah untuk berniqab, kali ini pelakon dan pengacara Yatt Hamzah juga mengikuti jejak usahawan itu dengan berhijrah mengenakan purdah.

Masih dalam proses

Berdasarkan laporan Harian Metro, dia yang berjinak-jinak memakai purdah telah mula memakai sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.

“Saya dah mula pakai purdah sejak PKP lagi dan ketika PKPP, saya pakai hampir setiap hari ketika menghantar dan mengambil anak dari sekolah.

“Sebelum ini, saya pakai pelitup mulut dan hidung. Tapi, apabila fikirkan semula, baik saya berpurdah saja sebab lebih selesa. Jadi, saya mula perlahan-lahan,” katanya.

Sokongan penuh suami

Dia juga mengakui menyatakan hasratnya kepada suaminya malah tidak sangka mendapat sokong.

“Saya ada luahkan hasrat untuk berpurdah kepada suami dan dia pun sokong. Bukan sebab saya terlalu cantik atau wajib, tapi sebab memakai purdah, banyak perkara seperti fitnah boleh dielakkan.

“Dengan memakai purdah juga, saya dapat mengawal diri saya sebab ramai tahu, saya jenis periang dan suka ketawa. Apabila pakai purdah, dapatlah kawal diri kita,” jelasnya.

Pohon doa ramai

Masih baru dalam penampilan itu, dia mengharapkan doa peminatnya agar terus istiqomah malah dia turut menjelaskan bahawa dia berkongsi gambar di Instagram bukan untuk menunjuk-nunjuk.

“Saya pun masih belajar dan perlu banyak beristiqomah. Saya tak tahu sama ada saya kuat atau tidak untuk terus memakai purdah,” katanya.

Sumber redaksi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *