“Dah duduk taman, bertolak ansur la sikit!” – Wanita bengang jiran letak tong sampah halang laluan

Baru-baru ini tular di media sosial akan video yang memaparkan laluan jalan raya dihalang oleh tong sampah dipercayai dilakukan jiran tertangga di kawasan tersebut.

Dalam video yang dimuat naik oleh Shakina Md Said itu memaparkan seorang kanak-kanak menarik tong sampah yang mengganggu laluan kawasan tersebut.

Bagaimanapun, muncul juga seorang wanita bersama telefon menolak semula tong sampah berkenaan di laluan tersebut malah dipercayai ingin merakam kejadian.

Menurut Shakina Md Said, perkara itu dilakukan kerana tidak mahu kereta lalu lalang di hadapan rumahnya.


Melihat ke ruangan komen rata-rata warganet berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan akan kelakuan tersebut. Bukan itu sahaja, warganet juga turut mengecam akan tindakan itu.

Betul cari gaduh ni

Cuba suruh polis lalu

Sewa dengan jalan sekali kot

SUSULAN KES LETAK TONG SAMPAH HALANG LALUAN KERETA
‘Td baca komen page lain,sbnr bukan akk tu sorg je bengang tp penduduk taman tu sume same sbb jln taman tu di jdkn alternatif tuk elak jem dr jalan besar so dorg lalu jln taman kdg smpai jem dlm jalan taman,aduan da buat bertahun2 tapi xde perubahan,tu penduduk buat tindakan sndri..saya sampaikan je..’

‘Lorong yg sama. Orang lain boleh hadap jem, kenapa yg lain tak boleh hadap jem sama. Mmg lorong tu lorong awam tp agak2 lah jalan sempit kau jadikan laluan escape jem. Orang taman nak balik kerja pun dah jem 🤦🏻‍♀️ Jadi kat sape2 pun mesti marah punyalah. Anak buah saya mmg 24 jam dok dlm rumah tak boleh main luar sbb bahaya.’

Antara komen yang ditinggalkan,

@lea:ni baru betul boleh ckp “ko ingat ni jalan bapak ko”

@LyshaXgaming:The real nk cri gduh ahhaha

@Puteri Bukit Gedong:hari ni…semua dah berkuasa !!!
mengalahkan pihak berkuasa…

@Mohd Razrin:Ambik tong tu..kasi letak jauh2..nanti penat dia nak pi ambik..😂

@Asrul Iswadi Ramli:jiran2 sebelah dia tutup jugak jln biar dia x boleh keluar masuk

@azrina mahat:suruh keteta polis lalu nengok berani ker tidak minah tuh…amboiii dierrr ..biasa dier tuhhhh…😏😏😏

@SMKIF×NEKKI:dia nak buat statut yang….
“tengok ni haa depan rumah kita jem nih”

@PaesWH:kalau langgar tong tu kire kite salah ke😅

@Sally Shah Shah:Sejak bila jadi private property unty ni.

Sumber redaksi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *