Cleaner’ disuruh cuci kasut, netizen sebak tengok lelaki kena bvli – “Kot ye pon, bukak dulu kasut tu!”

Setiap makhluk yang diciptakan di atas muka bumi ini sememangnya harus dihormati walau siapapun mereka. Tinggi mana jawatan kita sekalipun, kita tidak punya hak untuk memperlakukan orang lain dengan cara yang tidak sopan.

Tak sanggup nak tengok
Hal ini samalah seperti perkongsian satu akaun TikTok milik warganet Indonesia apabila memuat naik video seorang petugas kebersihan membersihkan kaki seorang pelanggan yang duduk di kedai makan.

Cuci kasut yang masih dipakai
Tindakan biadap itu telah mendapat respon yang pelbagai lebh-lebih lagi apabila pengguna Tiktok dikenali sebagai @m00nstyreee memaklumkan yang pelanggan wanita di kedai makan itu meminta petugas kebersihan tersebut membersihkan kasutnya.

Dapat dilihat yang petugas kebersihan itu hanya mencangkung sambil membersihkan kasut wanita itu yang masih dipakai menggunakan air serta penyapu ditangannya.

Walaupun tahu tugas cleaner terbabit memang membersihkan pusat beli belah, namun sikap biadap yang ditunjukan wanita terbabit sangat keterlaluan lebih-lebih lagi dia hanya menghulurkan kaki ke arah muka pekerja itu yang sedang mencangkung.

Suatu saat nasib itu akan bertukar
Susulan daripada perkongsian tersebut, warganet tempatan dan netizen dari Malaysia telah meninggalkan komen dengan mengecam tindakan kurang ajar wanita itu.

Mereka menganggap apa yang dilakukan wanita berkenaan sangat tidak berperikemanusiaan dan berharap agar dia belajar bagaimana cara untuk menghormati orang lain

Tidak kira apa pangkat kita atau sekaya apa pon kita, jangan pernah memandang rendah dan memperlekehkan orang lain.

Hal ini berkait rapat dengan satu video yang tular, melibatkan seorang gadisyang melayan seorang ‘cleaner’ dengan biadap, buat netizen bengang

“Masih ada manusia yang takde hati perut…”
Perkongsian @virgo di Tiktok meraih simpati ramai apabila melihat nasib lelaki tersebut yang bagaikan diperlekehkan oleh gadis dalam video.

Lelaki yang merupakan seorang tukang bersih itu dilihat terpaksa mencuci kasut gadis berkenaan dan apa yang membuatkan netizen marah adalah kasut itu langsung tidak dibuka dari kakinya!

Kalau saya, terus tegur perempuan tu…”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen marah akan sikap sombong gadis berkenaan yang disifatkan biadap dan kurang ajar kepada ‘cleaner’ tersebut.

Malahan mereka turut kecewa melihat penindasan yang berlaku dan mendoakan agar lelaki berkenaan dipermudahkan urusan dan menjadi orang berjaya kelak.

“Kita hidup kat dunia ni sementara je…”

“Macam mana cara memanusiakan manusia…”

“Satu saat nanti mereka akan bertukar.”

Sumber :tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *