Tak puas hati perangai di kelas, guru KAFA didakwa hempas murid hingga patah kaki.. Punca kejadian buat ramai tk pvas hati..

Gambar sekadar hiasan.

Seorang murid lelaki didapati mengalami kecederaan patah kaki selepas didakwa menjadi mangsa amarah seorang guru

MURID CEDERA | Guru KAFA Didakwa Hempas Murid Hingga Patah Kaki

Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), di sebuah sekolah di Marang, Terengganu, didakwa bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan kaki kanan seorang murid lelaki, berusia 9 tahun, patah.

Kejadian dipercayai berlaku 6 Julai lalu, selepas murid itu dihempas ke kerusi tempat duduknya, gara-gara lambat mengambil Al-Quran.

Sumber: Buletin TV3

Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dalam kejadian di sebuah sekolah di Marang.

Menerusi laporan dari Berita Harian, kejadian yang menimpa kanak-kanak berusia 9 tahun itu dipercayai berlaku pada 6 Julai lalu ketika berada di sekolah berkenaan.

Guru angkat dan hempas di atas kerusi
Menurut sumber, kecederaan yang dialami kanak-kanak berkenaan mulai disedari ibunya kira-kira jam 5 petang selepas mangsa mengadu sakit di bahagian kaki.

“Mangsa memaklumkan guru itu mengangkat dan menghempasnya di atas kerusi sehingga kaki kanannya sakit.
“Guru dikatakan bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan perlakuan mangsa ketika berada dalam kelas.
“Mangsa kemudian dibawa ke sebuah klinik untuk rawatan sebelum disahkan patah kaki kanan dan satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu untuk tindakan lanjut,” katanya.


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris ketika dihubungi telah mengesahkan bahawa ada menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), di sebuah sekolah di Marang, Terengganu, didakwa bertindak di luar batasan sehingga menyebabkan kaki kanan seorang murid lelaki, berusia 9 tahun, patah.

Kejadian dipercayai berlaku 6 Julai lalu, selepas murid itu dihempas ke kerusi tempat duduknya, gara-gara lambat mengambil Al-Quran.

Menurut laporan Buletin TV3, mangksa diangkat oleh guru berkenaan sebelum dihempas di tempat duduknya dalam keadaan kesakitan. Akibat tindakan itu, mangsa menangis dan mengadu kesakitan tetapi tidak dihiraukan.

Apa yang menyedihkan adalah sehingga jam 6 petang, mangsa tidak dapat berjalan dan dia dihantar ke rumah. Ibu bapa mangsa kemudiannya membawa mangsa ke klinik swasta bagi mendapatkan rawatan. Pegawai perubatan di klinik berkenaan mengesahkan bahawa mangsa mengalami kaki patah sebelum dirujuk ke hospital.

Setelah perkara ini telah dimaklumkan ramai dan pihak sekolah, mereka tampil ke rumah mangsa dan memohon maaf supaya ibu bapa mangsa tidak membuat laporan polis. Bukan itu sahaja, pihak sekolah juga meminjamkan kerusi roda dan memberi bantuan wang sebanyak RM300.

Video

Sumber: Berita Harian (Zatul Iffah Zolkiply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *