“Diri saya pun dah berubah… Tak Beranilah saya nak…” Syafiq Kyle jawab berkenaan perkahwinanan.. Ini pula yang Netizen perasan…

Pelakon Syafiq Kyle mengakui proses melangkah ke fasa seterusnya untuk bergelar suami bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang sebelah mata.

Sebaliknya ia menuntut kepada usaha selain ikhtiar untuk berubah menjadi insan yang lebih baik terlebih dahulu sebelum menggalas tanggungjawab besar dalam membina keluarga.

Syafiq atau nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 30 berkata, buat masa sekarang dia hanya mendoakan yang baik-baik, selain mengharapkan sokongan orang terdekat.

“Tak beranilah untuk saya bercakap mengenai soal sudah bersedia atau sebaliknya. Cuma ini adalah satu tanggungjawab. Sebab saya percaya kalau kita nak bercakap mengenai bersedia atau tidak, kita sendiri yang kena berusaha untuk berbuat demikian.

“Akan tetapi buat masa sekarang umur saya dah 30 tahun, bila-bila masa sahaja. Saya doa jodoh daripada Allah SWT. Mak pun selalu mendoakan untuk saya, berkati dan permudahkan segala perjalanan saya.

“Persediaan itu sayalah yang kena usaha sendiri, bukan saya perlu letakkan ia pada tangan orang lain. Dari segi perkara lain, saya yang perlu banyak muhasabah diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *