“Bukannya Saya curang dengan Ellie, mula kenal Azra pon lepas cerai..” – Azri Iskandar

Pelakon Azri Iskandar menafikan dia telah bercinta dengan wanita bernama Azra Diera sebelum bercerai dengan bekas isteri, Ellie Suriaty Omar pada 17 Mei lalu.

Menurut laporan Getaran, dia tidak berlaku curang sebaliknya mula mengenali komposer, penulis skrip dan novelis itu selepas berpisah dengan Ellie.

Saya tak curang dengan Ellie. Saya mula kenal Azra pada 29 Mei iaitu lepas cerai dengan Ellie. Bukan sebelum bercerai.
“Sebelum ini, saya tidak pernah tahu pun tentang Azra. Beberapa hari sebelum mengenalinya, kami ada berhubungan di dalam Whatsapp tentang urusan kerja.
“Tetapi, saya tidak sangka pula selepas bercakap dengan dia, saya jadi suka pula pada dia dan teringatkan dia,” katanya.

Semalam, pelakon berusia 54 itu menerima kecaman selepas terdapat laporan berita memaklumkan dia bakal melangsungkan pernikahan bersama Azra dalam masa terdekat.

“Saya tidak sangka pula bila keluarnya berita yang saya nak kahwin dengan dia itu, orang anggap itu punca saya cerai dengan Ellie.
“Padahal sebelum cerai, saya tiada hubungan dengan mana-mana wanita pun. Punca kami cerai juga tiada kaitan dengan isu curang.
“Saya terpaksa jelaskan hal ini. Sebab saya tidak mahu berlaku salah faham. Tak pasal-pasal dia (Azra) juga terkait dalam hal ini.
“Saya bimbang disebabkan persepsi tidak benar ini, keluarga Azra juga akan salah faham. Saya sendiri pun belum lagi berjumpa dengan bapa dan keluarganya di Perlis,” ujarnya.

Sumber Omm

Article sebelumnya,

Baru Je bercerai, Azri Iskandar beri kata kata ini pada Ellie Suriaty buat ramai tak sangka…

Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan…”

Itu kata-kata pelakon Azri Iskandar yang mengesahkan dirinya bakal mendirikan rumh tngga dalam masa terdekat dengan seorang penulis skrip yang dikatakan turut memiliki PhD dalam jurusan muzik.Azri berkata, dia dan keluarganya bercadang untuk menghantar rombongan merisik dan meminang Azra Diera sebelum 23 Jun ini.

” Jika tiada aral melintang, kami akan bernikah dulu.

” Majlis perkahwinan akan diadakan kemudian dalam waktu terdekat,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. Menurutnya, Azra, atau mesra disapa Ara belum pernah berkahwin sebelum ini.

Azri sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, penulis skrip dan pelakon terkenal, Ellie Suriati Omar. Namun, pasangan itu sah bercrai pada 17 Mei lalu. Hasil perkongsian hidup selama 19 tahun, Azri dan Ellie dikurniakan dua anak, iaitu Azrell Omar, 18 dan Nur Azreen, 13.

Terdahulu, Ellie memberitahu Malaysiakini bahawa dia yang membuat permohonan percraian pada 22 April lalu. Menurut Azri yang juga pelakon Pontiianak Harum SundaI Malam itu, majlis persandingan terpaksa ditangguh buat sementara waktu kerana dia terpaksa memenuhi jadual kerja yang padat ketika ini.

” Sekarang saya masih lagi menjalani penggambaran drama Kau Tak Punyai Hati arahan Azmi Hatta terbitan TV3 sampai 2 Ogos depan.

” Masa yang ada agak terhad untuk saya uruskan segala persiapan. Namun, doakan yang baik-baik untuk kami berdua. Saya akan umumkan tarikhnya nanti,” tuturnya.

Bakal isteri Azri muat naik posting istimewa

Dalam pada itu, menerusi laporan portal Getaran pada 8 Jun, wanita yang bakal menggantikan tempat Ellie Suriaty sebagai suri hidup Azri itu adalah seorang komposer, penulis skrip dan novelis bernama, Azra Diera Abdul Hamid.

Tidak dapat dipastikan sejak bila mereka menjalinkan hubungan cinta, namun kemesraan di antara Azri dengan Azra nampaknya sudah lama terjalin. Dalam akaun facebook Azra Diera, wanita yang terlibat sama di dalam industri kreatif hiburan ini telah memuat naik sebuah posting istimewa buat Azri sempena hari ulang tahunnya yang ke-54 pada 5 Jun lalu.

Azra Diera telah memberikan ucapan;

” Kamulah cinta hati saya, hidup saya, dan segalanya. Tanpamu aku rasa kehilangan. Selamat Hari Jadi Sayang,” katanya.

Bersama ucapan itu tertera gambar kek dan sebuah kotak hadiah buat Azri dengan reben besar berwarna merah jambu.

Di dalam posting itu, Azri membalas; ” Terima kasih baby. Ara (panggilan untuk Azra) segalanya bagi abang. Terima kasih Ara..” tulis Azri Iskandar.

Azra kemudian membalas: ” Sama-sama abang. Happy Birthday. Love you. Love you. Terima kasih untuk abang juga yang sayangkan diri ini..”

Dalam pada itu, sebuah portal pula melaporkan bahawa Azri telah mengesahkan bahawa dirinya bakal mengahwini wanita tersebut dalam waktu terdekat ini.Terdahulu, Azri menafikan beliau sudah menemui pengganti baharu dalam hidupnya selepas timbul gosip dikaitkan dengan seorang wanita selepas baru seminggu bercrai

SpekuIasi timbul apabila aktor berusia 54 tahun itu memuat naik sekeping foto bersama seorang gadis muda di laman Facebook story miliknya.

Menerusi laporan Getaran, Azri bagaimanapun menaf1kan dkwaan tersebut dan menegaskan bahawa gadis itu adalah rakan pelakon yang digandingkan sebagai watak anak dalam telefilem berjudul Suri Rumah Terfeeling.

” Gadis di dalam gambar itu bukanlah kekasih saya. Tapi, dia adalah pelakon baharu yang menjadi anak saya dalam telefilem bertajuk ‘Suri Rumah Terfeeling’.

” Nama dia Nur Atiqah dan dia jadi anak saya di dalam drama ini. Kami ambil gambar ini untuk dijadikan prop di dalam telefilem ini.

” Tolonglah jangan ada yang menganggap bukan-bukan. Kesian dia. Umur dia masih muda, hampir sebaya dengan anak saya. Nanti tidak pasal-pasal pula dia jadi mngsa toh.mahan,” katanya.

Sementara itu, Azri juga berharap netizen tidak mengec4m bekas isterinya selepas wanita itu berkali-kali meminta untuk berpisah sebelum ini.

” Tolonglah, jangan kec4m dia. Dia tidak salah. Sudah memang takdir kami tidak lagi sehaluan dan terpaksa membawa hala tuju hidup sendiri.

” Ellie banyak berjasa dengan saya dan saya tidak akan lupakan segala jasa-jasanya itu. Saya terima suratan takdir kami sekarang ini dan biarlah selepas ini kami jadi sahabat pula.

” Sebagai sahabat, saya tetap akan membantu dia di kala susah dan senangnya. Tidak kiralah sama ada bantuan itu dari sudut wang atau tenaga,” ujarnya.

Sumber Muzik Jalanan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *