“Saya terkilan, puasa lepas saya tak penuh di ICU “Kenalan dedah Genap 58 tahun Bob kembali ke Rahmatullah..

Penulis lirik terkemuka tanah yang juga pelakon terkenal, Bob Lokman, 58, meninggal dunia hari ini. Difahamkan Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd. Hakim Lokman meninggal dunia di kampung halamannya di Kubang Kerian. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan penulis lirik itu bergantung nyawa pada jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator

Pelakon dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman, 58, dilanda ujian lagi pada bulan Ramadan ini apabila terpaksa mendapatkan rawatan di hospital ekoran kesihatannya kembali menyusut akibat masalah buah pinggang. Menurut Bob, keadaannya kini stabil setelah menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Sasmec@IIUM) di Kuantan, Pahang sejak dua hari lepas.

 

“Jantung saya lemah sejak beberapa minggu lepas tetapi buah pinggang saya lagi teruk, badan penuh dengan air. Buah pinggang sudah teruk, mungkin sebab itu lemah sangat. “Dua hari lepas saya dibawa ke sini oleh anak saya, Omar Hakim, 28, untuk rawatan lanjut. Doktor memantau jantung dan buah pinggang saya, tolong doakan saya pulih,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 

 

 

Bob pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah di sini pada 2020. Bob menambah, dia mengakui agak terkilan dan sedih apabila terpaksa mengetepikan ibadah puasanya untuk menjalani rawatan di ICU namun reda dengan ujian itu.

“Sejak 10 tahun lepas saya keluar masuk hospital dan tahun ini Ramadan masuk ICU pula. Memang sedih sebab tidak boleh nak puasa tetapi nak buat macam mana. “Doktor cakap kalau tak dapat rawatan, air akan memasuki paru-paru komplikasinya mungkin saya sukar bernafas. Saya reda. Insya-Allah kalau sudah keluar ICU ini mungkin saya akan berpuasa semula,” kata pemilik nama sebenar, Mohd. Hakim Lokman ini. Sumber: utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *