” Bilal pon dah 8 bulan, Saya Akan tunjuk bila dia….. ” Akhirnya Neelofa Dedahkan bila nak tunjuk muka Bilal.

Kuala Lumpur: “Saya dan suami tak nak menyekat pembesaran Bilal. Sekarang dia sudah merangkak dan tak lama lagi akan berjalan. Sudah semestinya kami akan bawa dia keluar. Ketika itu pasti orang akan melihat juga wajah Bilal.”Demikian kata selebriti terkenal Neelofa ketika ditanya bila dia mahu mendedahkan wajah bayi sulungnya, Muhammad Bilal yang kini berusia lapan bulan.

 

Neelofa, 33, berkata, dia dan suami, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz mahu anak mereka membesar secara normal.“Sama juga seperti anak-anak lain, Bilal juga melalui proses pembesaran. Tak lama lagi saya pun dah tak boleh nak tutup lagi wajah dia.

“Saya juga merancang untuk bercuti bersama keluarga tidak lama lagi. Mungkin masa itu orang dah boleh nampak dan saya tak boleh nak sekat lagi. Anda semua boleh lihat dengan sendiri.“Saya sering bawa Bilal keluar rumah dan jika ada yang mahu lihat wajahnya, saya tidak pernah halang. Cuma mereka yang berjumpa Bilal sangat menghormati privasi kami,” katanya kepada Harian Metro.

 

Terdahulu Neelofa ditemui pada majlis pelancaran produk minuman kesihatan, Nilofa Plus di sini, hari ini.Menurut Neelofa, dia tidak pernah ambil kisah apabila netizen mempersendakan tindakannya tidak mendedahkan wajah Bilal.

“Alhamdulillah, Bilal membesar dengan baik. Saya tahu ramai yang membuat jenaka apabila masih tak tunjuk wajah Bilal, tapi nak buat macam mana. Namun, dalam banyak komen di terselit doa untuk Bilal. Mereka nak ambil tahu sangat mengenai saya, jadi alang-alang doakan Bilal sekali,” katanya.SumberHM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *