“Biar J1n svndal b0long tu tercekik abis”.. Vida renjis air rendaman daun bidara buat halau jin…

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida meluahkan rasa kecewanya apabila perniagaan anaknya, Cik B dikatakan sendu sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, kedai Cik B dulu dipenuhi dengan pelanggan yang kebanyakkannya datang untuk menikmati corndog serta air boba yang dijual disitu kini mulai sepi selepas didakwa disihir seseorang.

Tambah Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, kedai terletak di Jelapang, Ipoh itu berkemungkinan disihir oleh seorang individu yang dikenalinya.

Tebang lagi sekali pokok pisang
Oleh sebab itu, menerusi perkongsian terbarunya di media sosial, usahawan terbabit telah datang ke kedai Cik B dengan membawa sekali air rendaman daun bidara yang disarankan oleh seorang ustaz untuk menghilangkan sihir tersebut.

Pokok pisang yang berada berhampiran dengan kedai itu turut ditebang sekali lagi selepas ditebang sebelum ini memandangkan beliau percaya sihir tersebut berkemungkinan berada di situ.

Ustaz nampak sawang labah2
Dalam pada itu, Vida juga memaklumkan ustaz yang ditemui ada mengatakan terlihat tanah kubur serta sawang labah-labah berhampiran kedai Cik B berkemungkinan menjadi penyebab kemerosotan perniagaannya.

Boba ni minuman bermusim
Perkongsian yang dibuat Vida itu menuai pelbagai komen daripada warganet terutamanya di TikTok. Ada yang mengakui bahawa kedai Cik B seakan tiada seri dan tidak kelihatan.

Ada juga warganet memberikan pandangan dengan mencadangkan agar Vida merubah lokasi kedai tersebut supaya mudah dilihat pengunjung.

Benda macam ni memang biasa jadi

Mungkin kena berubat diam2 biar pelaku tak tahu

Lokasi tak kena Dato’


Nampak macam tak ada seri

Mungkin kena ubah lokasi


Sumber: TikTok datoserivida, Instagram datoserivida

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *