Baru saja upload gambar tak bertudung, tular pula video Sakan Berjoget, Netizen Luah Kecewa Dengan Elyana

Sedia maklum, setelah hampir 11 tahun bertarung dengan kanser limfoma yang dihadapi, penyanyi Elyana baru-baru ini disahkan sudah bebas dari penyakit itu.

Biarpun sudah tidak perlu lagi berlawan dengan kanser terbabit, Elyana memberitahu dirinya masih perlu menjalani sesi kemoterapi biarpun sudah pulih.

Biarpun kelihatan gembira, apabila meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mempunyai pandangan yang berbeza, di mana mereka menasihati Elyana untuk bergembira secara berpada-pada.

Bahkan, cara penyanyi terbabit membalas komen ‘nasihat’ daripada netizen juga membuatkan ramai yang terkejut.

komen tiktok
@AsmIEe89:sbnye buang ms n buang air mate je untuk artis2 yg mcm ni insaf dia skjp je😁 mcm lana nordin gini jgk time dlm ssh beriyea air mata last2 haha 😂

@🐸chinta_hati_kristal🐸(KC):x slh dia nak happy kan diri sekali sekala kan,cuba positif kan diri…😊😊doa yg baik2 jea.

@ekynnannursyifa:hari tu elok da rsenya..yela kan.. manusia mudah lupa…

@melur:sebab tu la kite kene pandai memilih kawan

@azliyana_4R:Elyana kan dri dlu mmg jnis gila2 orgnya.😁 dalam drama dunia baru tu lagila..jnis kuat gelak jer..rs cam sama je dri dlu.

@𝔹𝕖𝕝𝕝𝕒._🦋:Sblom nieh punya la sedihhh nngis sbb sakis bila dah sehat cennieh pulak bukan takbuleh nak happykan diqi . Tapi berpada pada la yea 🥰

@miaqueen0263:tkjut tgk dia balas chat org. betul ka dia ni. mcm xpcya plak.sya peminat tpp.mmmm🥺😌

@Eymaaleya:teringat scan dkt kndri kawen dlm cerita dunia baru ms nyanyi sepohon kayu tu😂elyana nari mcm ni la..😂

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir netizen mengatakan itu adalah perangai sebenar Elyana dimana dia memang seorang yang ‘gila-gila’ dan komen itu turut di persetujui oleh tuan empunya badan.

Susulan itu juga, Elyana ada memuat naik satu status di media sosialnya bahawa dia tidak pernah lupa diri dan untuk menjadi dirinya sekarang ini, bukan satu perkara yang mudah.

, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Di Instagram, nama penyanyi, Elyana menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik sekeping foto tidak lagi memakai tudung. Tindakan Elyana memuat naik foto tersebut telah mencetuskan pelbagai spekulasi, malah ada yang berdebat dan mempersoalkan punca pelantun suara ‘Tak Tercapai Akalmu’ itu bertindak sedemikian rupa.

Menerusi foto yang dikongsikan, Elyana dilihat memakai baju yang mempunyai tulisan ‘jadi diriku’. Meskipun, tidak memberitahu kenapa dirinya bertindak memuat naik foto berkenaan, rata-rata netizen mendakwa Elyana mahu kembali seperti dahulu. Menerusi pemerhatian OhBulan! Elyana dilihat menutup ruangan komennya.

Beberapa hari lalu, Elyana menempelak segelintir netizen yang menuduhnya menjaja kisah penyakit kanser demi untuk meraih simpati ramai. Berang dan kecewa dengan tuduhan tersebut, Elyana turut menyuarakan hasrat untuk bersemuka dengan individu terbabit.

Elyana juga pernah mengakui bahawa dia penat hidup dalam keadaan berpura-pura kuat seperti yang sering dipaparkan kepada umum selama ini. Katanya, dia bukan seorang insan yang sesuai dijadikan contoh oleh masyarakat terutama dalam berdepan ujian menghadapi penyakit kanser seperti sebelum ini.

Sumber: Elyana

Terdahulu,
Baru sahaja pulih dari kans3r, Tak sangka ini pula terjadi pada Elyana kejutkan semua pihak..

Pada Disember tahun lalu, penyanyi Elyana berkongsi khabar gembira akhirnya bebas daripada kanser limfoma selepas 11 tahun berjuang.

Perkongsian terbaru Elyana menjadi perhatian apabila memberitahu dia mula mengalami kesan sampingan daripada rawatan kemoterapi yang dijalaninya sebelum ini seperti masalah pendengaran dan penglihatan.

Menurut Elyana, kesan sampingan itu adalah perkara biasa dialami pesakit kanser lebih-lebih lagi sudah terlalu lama menjalani rawatan serta pengambilan ubat.

“Siapa kata senang jadi saya? Hari ini telinga saya pula tak dengar sebelah. Jadi mahu ke hospital lagi. Awak nak jadi saya? Kita tukar sekarang.

“Untuk pengetahuan anda, mata tak berapa jelas, pendengaran rosak, memori hilang, sakit saraf, sendi dan macam-macam lagi. Itu adalah perkara normal untuk mereka yang terlalu lama menahan sakit dengan kemoterapi atau radioterapi serta ubat-ubatan,” katanya.

Berkongsikan perkara itu di Insta Story, Elyana menjawab persoalan netizen yang mendakwa dia lupa diri selepas disahkan bebas kanser.

Sebelum ini, Elyana ada memuat naik paparan perbualan individu yang cuba memberi nasihat kepadanya namun menghina dirinya serta menuduhnya sengaja mencari simpati.

Sumber:ROTIKAYA

Terdahulu,

Penyanyi popular, Elyana mengumumkan berita gembira apabila penyakit kanser limfoma yang dihadapinya selama 11 tahun kini sudah hilang.

Perkara tersebut telah dimaklumkan sendiri oleh penyanyi berkenaan menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram. Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua. Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!

“Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami.. Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya . Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. I love u Ya Allah,” ujarnya.

Sebelum ini, Elyana memaklumkan bahawa dirinya telah menghidap penyakit tersebut dan sudah menjalani rawatan untuk merawat penyakitnya itu.

Dalam pada itu, rata-rata komen daripada rakan-rakan artis dan peminat mengucapkan rasa syukur terhadap keadaan terkini penyanyi itu.

Ohbulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *