Baru saja Lan solo buat “House tour” rumah mewahnya, Ini Pula perkembangan kes saman Siti Nordiana 5 sekawan buat semua terkejut…

KES saman lima sekawan membuatkan penyanyi Siti Nordiana lebih berhati-hati dalam memilih kawan kerana takut perkara sama berulang kembali.

Kata Nana, ekoran kejadian itu dia sukar untuk meletakkan kepercayaan seratus peratus kepada kawan kerana khuatir akan menjadi mangsa tikam belakang.

“Sebenarnya bagi Nana memang kita kena sentiasa hati-hati bila berkawan dengan sesiapa sahaja.

“Segalanya harus bersederhana sebab walau bagaimanapun kita perlu ada batas-batas.

“Itu yang Nana pelajari, bukan dalam kes lima sekawan ni je sebab sebenarnya sebelum ini pun perkara seperti ini normal dalam berkawan, apa pun kita jangan mudah percaya pada kawan,” kata Nana pada mStar.

Sebelum ini, lima sekawan iaitu Lan Solo, Syura, isteri Lan iaitu Sheila, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin disaman sebanyak RM2.5 juta oleh Siti Nordiana. Kes masih lagi dalam Perbicaraan Mahkamah tinggi dan berlangsung genap setahun


Mstar

Terdahulu,

Kes Saman Siti Nordiana, Peguam Yakin Anak-anak Guamnya Tidak Pernah Memfitnah

Mahkamah Tinggi telah memerintahkan supaya kes saman sivil Siti Nordiana yang menyaman lima individu atas dakwaan memfitnah di media sosial dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada Isnin lepas.

Peguam utama defendan keempat Sam Musyadzafar, 43 (Sam Samin) dan defendan kelima, Razidah Ahmad, 42 (Aida G.) iaitu Nurul Hafidzah Hassan memaklumkan bahawa Mahkamah Tinggi pada 3 Januari lepas membenarkan permohonan pasukan defendan supaya kes dihadapi anak-anak guam beliau dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Foto: Kosmo
Dengan perintah Mahkamah Tinggi tersebut maka perbicaraan yang sepatutnya sambung di Mahkamah Sesyen pada Selasa lepas telah dilapangkan apabila pihak defendan memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen, Zulqarnain Hassan mengenai keputusan yang telah dibuat di Mahkamah Tinggi.

Perintah mahkamah tinggi telah difailkan dan kini pihak defendan menunggu arahan lanjut Mahkamah Tinggi untuk tarikh perbicaraan seterusnya.

“Setelah mendengar dan meniliti hujahan pihak pembelaan mengapa kes ini harus dibicarakan di Mahkamah Tinggi semasa pendengaran, Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan permohonan anak-anak guam dibenarkan. Kes ini berjaya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi,” kata Nurul Hafidzah.


Minggu lepas, pihak defendan memohon untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. Walaupun dibantah oleh responden Siti Nordiana, Hakim Mahkamah Tinggi menetapkan pada 3 Januari untuk kedua-dua mengemukakan hujah masing-masing.

Terdahulu semasa pendengaran, Nurul Hafidzah peguam defendan keempat dan kelima berhujah yang Mahkamah Tinggi adalah medan yang betul untuk membicarakan kes saman sivil tersebut kerana jumlah yang dituntut oleh Siti Nordiana ialah RM2.5 juta.

Peguam kepada defendan itu juga berhujah yang kes saman fitnah tersebut sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi dari awal lagi kerana jumlah tuntutan melebihi RM1 juta berada di dalam bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Responden Siti Nordiana telah membantah permohonan pihak defendan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi. Walaubagaimanapun, di akhir perbicaraan permohonan tersebut, responden Siti Nordiana akur dengan arahan mahkamah untuk perbicaraan tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Nurul Hafidzah bertegas yang anak-anak guam beliau tidak pernah memfitnah Siti Nordiana.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *