Baru Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM20K, ‘Pelawak’ Hina Islam Terus Ditahan Penguatkuasa JAWI Pula

Baru Dibebaskan Lepas Bayar Ikat Jamin RM20K, ‘Pelawak’ Hina Islam Terus Ditahan Penguatkuasa JAWI Pula

Siti Nuramira Abdullah yang ditahan sebelum ini kerana didakwa menghina Islam ketika membuat komediri telah selesai membayar wang jaminan di Mahkamah Kuala Lumpur.

wanita hina Islam berjaya kumpul dana wang ikat jamin
Wang Ikat Jamin RM15K Berjaya Dikumpul, Ramai Rupanya Yang Bagi ‘Support’ Wanita Hina Islam?

Begitu juga teman lelakinya, V Alexander Navin, 38, yang dibebaskan selepas mereka berjaya membayar jumlah keseluruhan wang ikat jamin RM40,000 hasil sumbangan orang ramai.

Menurut Utusan, jaminan kedua-dua tertuduh dibayar oleh dua penjamin yang berbeza, didakwa merupakan kawan kepada pasangan yang ditahan di penjara selama hampir seminggu itu.

Bagaimanapun, wanita berusia 26 tahun itu dilaporkan telah ditahan oleh penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

Menurut Kosmo, dia ditahan selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya Ramesh Chandran di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pukul 10.20 pagi.

Difahamkan, Nuramira akan ditahan selama 24 jam dan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok untuk dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Dia akan disabitkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina yang mana jika didapati bersalah, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber KOSMO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *