“Dia pegi malam tadi “Lama Menyepi dari dunia lakonan, Takziah buat keluarga Qi Razali atas kehilangan orang tersayang..

Kuala Lumpur: Bapa kepada pelakon dan pengacara, Qi Razali iaitu Muhammad Razali Abdullah disahkan meniggal dunia malam tadi.Qi berkongsi berita duka itu menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

“Ayah saya baru pulang ke rahmatullah malam tadi. Saya nak minta semua yang mengenali saya dan keluarga untuk sedekahkan al-Fatihah dan doakan yang baik-baik untuk arwah ayah saya, Muhammad Razali Abdullah.

 

“Jika dia pernah tersalah kata harap ampunkan, jika ada hutang yang belum langsai harap halalkan. Semoga tenang papa di sana,” tulisnya.

Menerusi perkongsian foto yang dimuat naik, rata-rata rakan selebriti dan peminat meninggalkan komen mengucapkan takziah kepada Qi atau nama sebenarnya Qushairi Muhammad Razali.

Selebriti yang merakamkan takziah buat keluarga Qi antaranya Nas-T, Mimi Fly, Fad Bocey, Fizo Omar dan Mustaqim Bahadon. Sumber: viralkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *