“Kami selalu bergaduh… Tolong la bagi saya…” Setahun Kahwin.. Ayda dedah kenapa dia bergaduh dengan suaminya…

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengakui sering ‘bergaduh’ dengan suaminya Nabil Mahir yang menjadi lumrah dalam kehidupan rumah tangga.

Bagaimanapun, situasi itu tidak membabitkan pertengkaran besar sebaliknya hanya bergaduh manja dalam aspek perbelanjaan.

Memetik laporan Xtra, penyanyi berusia 30 tahun itu menjawab soalan pengikut yang bertanya sekiranya dia dan suami pernah bergaduh selepas berkahwin.

Menurut Ayda, pergaduhan terjadi apabila suaminya yang juga seorang pengacara sering mengeluarkan duit untuk berbelanja terlebih dahulu, membuatkan dia tidak diberi peluang bagi melakukan perkara sama.

“Selalu… gaduh bila time nak bayar. Berebut-rebut nak bayar. Dah asyik dia bayar, kita nak juga belanja kadang-kadang! Tapi memang takkan dapat la…. susah!,” jawab Ayda.

Dalam masa sama, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mengucapkan terima kasih atas sikap pemurah suaminya dan berharap dia juga sekali-sekala dapat mengeluarkan duit belanja.

“Thanks love @nabilmahir and please la kasi la kadang kita nak belanja gak.. makan ke apa ke. Dia tak nak,” tulisnya lagi.

Untuk rekod, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat dan suami berkahwin pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata Ana Nayla yang kini berusia setahun.

Sumber: Xtra (Aqilah Paharuzi) , Instagram Ayda Jebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *