-“Rupanya Arwah isteri baru pulang umrah.. “Shabat baik dedah apa yang berlaku sebelum kejadian berlaku…

Dukacita dimaklumkan lelaki dalam video klip kebakaran kereta di Highway yang menyayat hati, yang viral di Media Social sejak malam tadi adalah sahabat Agency kami, Redzuan Jamil. Dukacita juga dimaklumkan isteri beliau, Nurul Nazihah telah meninggal Syahid (InsyaAllah) dalam kemalangan tersebut.

Sedikit info, arwah isteri dan beliau baru sahaja pulang menunaikan Umrah dari tanah suci minggu lepas. Isteri beliau merupakan seorang Hafizah. Dan kemalangan berlaku ketika arwah isteri beliau menemani suaminya bekerja. Mereka baru selesai berjumpa dengan client Takaful di Kluang. Nampak jelas sahabat kami memakai baju company dalam video tersebut.

“Duan, semoga engkau tabah. Kau dan wife baru pulang dari Tanah Suci. Berkah Mekah dan Madina masih ada bersama arwah isteri kau dan kau. Isteri kau meninggal ketika bantu kau bekerja, Duan”“Ingat Duan, meninggal dalam kebakaran adalah salah satu drpd 7 kematian syahid. (HR. Abu Daud, no.3111)”

“Aku yakin sangat wife kau syahid dunia Duan. InsyaAllah. Semoga Allah tempatkan isteri kau bersama para syuhada dan orang yang beriman di kedudukan surga tertinggi di sisi Allah. Ameen”Innalillahiwainnailaihirojiun. Ya Allah, ampunilah ia, kasihilah ia, berilah ia kekuatan, maafkanlah ia, dan tempatkanlah pada tempat yang mulia (surga). Ameen

 

Kawan-kawan, Doakan agar sahabat kami, Redzuan kuat. Dan mohon tidak dipanjangkan video berkenaan sebagai tanda hormat kepada sahabat kami dan ahli keluarganya. Terima kasihSeluruh warga Medina Group mengucapkan salam takziah buat Redzuan dan keluarga dan semoga dipermudah urusan buat beliau. Alfatihah (Dibaca). Sumber FB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *