“Bal4san Untuk Kau” – Izreen Azminda Akui Kurang Berlakon, Terus Kena Perli Dengan Netizen Isu ‘Peny0ndol,

“Balasan Untuk Kau” – Izreen Azminda Akui Kurang Berlakon Tapi Kena Perli Dengan Netizen Isu ‘Penyondol’

Baru-baru ini, pelakon Izreen Azminda membuat pengakuan semasa di temubual oleh pihak Utusan bahawa dirinya sekarang ini lebih fokus untuk menjadi usahawan daripada kembali semula ke industri lakonan.

Difahamkan dari laporan Utusan, Izreen tidak mahu terlalu fokus kepada bidang lakonan biarpun telah mendapat tawaran untuk berlakon dalam beberapa drama.

Menurut beliau, walaupun sudah tidak terlalu aktif dalam bidang lakonan, namun dia masih berasa bahagia melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

Tambahannya lagi, jika di dalam bidang lakonan, dirinya tidak akan sentiasa dalam bidang lakonan dan setiap pelakon akan melalui fasa naik serta turun ketika berlakon. Selain itu, dia turut berkata pulangan kewangannya yang kini juga lebih banyak jika hendak dibandingkan ketika dia berlakon.

Artikel berkenaan telah di muat naik oleh pihak Utusan di platform Facebook dan ia telah meraih perhatian ramai warganet untuk meninggalkan respon di ruangan komen.

komen netizen

Jika di lihat di ruangan komen hantaran tersebut, kebanyakkannya meninggalkan komen negatif dan meminta agar Izreen berhenti meminta simpati kepada orang ramai.

Malah, dalam pada masa yang sama, ada juga netizen berkata ia merupakan balasan buat pelakon terbabit kerana telah merampas suami wanita lain.

Article sebelumnya,

“Suami Yang Balik Rumah Menyusahkan Isteri & Anak, Itu Petanda..”- Puteri Sarah

Akhir Jun lalu, pelakon Puteri Sarah hangat diperkatakan apabila mengambil tindakan undang-undang terhadap orang ketiga yang didakwa kacau privasi rumah tanggannya. Ia berkaitan dengan gangguan terhadap dirinya (sivil) selain menggugat ketenteraman rumah tangga yang boleh disabitkan di bawah kesalahan jenayah syariah pula.

Selalu update pergi mahkamah, pejabat agama & lain-lain…ramai sudi bantu mudahkan urusan

Sejak didedahkan kepada umum, aktres drama ‘Melastik Ke Hatimu’ seringkali berkongsi update melalui media sosial kepada para penyokongnya. Selain ahli keluarga dan sahabat-handai, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga amat menghargai bantuan semua pihak yang sudi memudahkan urusan tersebut.
.
Muat naik kata-kata hikmah tentang sifat seorang suami

Walaupun tiada sebarang pengesahan, namun perkongsian kata-kata hikmah di ruangan IG Story miliknya seakan memberi bayangan polemik hubungan mereka belum berkesudahan. Terbaharu, Puteri Sarah memuat naik petikan tentang sikap seseorang suami dari laman Twitter Imam Muda Hassan.

Suami yang balik rumah menyusahkan isteri & anak-anaknya, itu petanda dia bukan seorang penyayang

Dalam perkongsian tersebut, beliau menganjurkan setiap suami agar contohi Rasulullah S.A.W. yang sentiasa menyenangkan isteri sekembalinya ke rumah.

Namun jika berlaku sebaliknya, ia secara tidak langsung menandakan seseorang ketua keluarga itu kurang dari segi sifat penyayang.

Sumber erin sakura via ig puteri sarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *