“Asal dulu saya lembut..” Awie dedah kisah bagaimana dia berubah jadi Rockers no 1….

Penyanyi rock kapak terkenal, Datuk Awie mendedahkan karakter dirinya adalah seorang yang sangat lembut dan juga merupakan bekas penari zapin dan breakdance.Pelantun lagu Ratuku itu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah temubual podcast yang tular di aplikasi TikTok.Menerusi video tersebut, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman tidak menyangka karakter dirinya boleh berubah daripada lembut menjadi seorang yang ganas.

“Asal dulu saya seorang lembut. Saya pun tak sangka bila saya berubah menjadi ganas, banyak kes gaduh lah itulah inilah. Saya cakap kenapa boleh jadi macam ni.“Sebelum ini, saya seorang penari yang fleksibel seperti zapin dan breakdance. Saya memang lembut.Vokalist kumpulan Wings turut tidak sedar dirinya mampu bergelar seorang penyanyi rock dan menjadikan bakat nyanyian tersebut sebagai sumber rezeki sehingga berjaya digelar ‘king of rock’.


“Asal dulu saya seorang lembut. Saya pun tak sangka bila saya berubah menjadi ganas, banyak kes gaduh lah itulah inilah. Saya cakap kenapa boleh jadi macam ni.“Sebelum ini, saya seorang penari yang fleksibel seperti zapin dan breakdance. Saya memang lembut.“Saya minat menyanyi, dari sekolah rendah dan menengah, tapi saya tak tahu saya boleh menyanyi. Saya cuba menyanyi satu malam di pasar malam dekat kawasan perumahan saya Datuk Keramat, Kuala Lumpur.

“Saya tak tahu yang saya boleh menyanyi sebab tidak dididik dalam dunia seni. Bapa saya penyanyi pentas, mak saya ahli qasidah. Jadi memang tiada tunjuk ajar, tapi mungkin sebab darah seni mereka, genetik.“Saya bersyukur atas rezeki yang dikurniakan mungkin kerana ini adalah minat yang mendalam untuk industri seni. Tapi sekarang saya dah tinggalkan tarian dan focus pada nyanyian,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai dalam kalangan peminat Awie terkejut dengan pendedahan rock lagenda mengenai masa lalunya itu.Sumber xtra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *