“Ingat mak duduk atas katil Sekali “Ramai cemburu ibu mentua Adam Lee ‘sporting’ -“ buat macam mak sendiri”..

Pelakon Adam lee atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai terutama peminatnya atas ucapan dan doa yang dikirimkan atas perkahwinan yang baru sahaja berlangsung, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna @piyaasoff di laman TikToknya, kelihatan dia bersama isteri dan ibu mentuanya di sebuah sofa kediaman mereka.

Dalam video itu, dia dan isterinya, Sweet Qismina tidak sempat untuk membalas ucapan tahniah yang diberikan oleh umum dan apa yang menarik perhatian netizen apabila Adam memaklumkan dia mempunyai ibu mentua yang sporting.

Syoknya dapat mak mentua yang sporting!
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat mak mentua Adam yang begitu sporting melayan menantunya itu.

Malah, ada juga netizen yang iri hati dan meluahkan rasa syukur apabila pelakon yang berusia 28 tahun itu mendapat ibu mentua yang baik seperti itu.

Tahniah Adam dan Sweet!
Dalam pada itu, majoriti netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Adam dan Sweet atas perkahwinan mereka dan mendoakan agar hubungan pasangan tersebut kekal hingga ke jannah.

Sumber: TikTok @piyaasoff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *