Arkeologi Mesir Temui Tempat Pemvjaan Dewa Di Kuil Purba

Pada 25 April lalu, sekumpulan ahli arkeologi Mesir temui tempat pemujaan dewa Zeus di kuil purba baru-baru ini, lapor Live Science.

Kementerian Pelancongan Mesir telah mengumumkan bahawa ahli arkeologi mereka telah menemui sisa-sisa kuil purba yang dibina untuk memuja para dewa iaitu Zeus dan dewa cuaca Kasios yang dianggap ketua kepada dewa.

Penemuan bersejarah itu terletak di tapak arkeologi Tell el-Farama di barat laut Semenanjung Sinai. Semasa zaman Yunani-Rom iaitu 332SM hingga 395M, kawasan itu dikenali sebagai bandar dan pelabuhan Pelusium yang terletak di muara timur jauh di Sungai Nil.

Disebabkan lokasinya yang strategik, orang ramai menggunakan Pelusium untuk pelbagai fungsi, termasuk sebagai kubu pada zaman firaun Mesir.

Selepas mengetahui lokasi itu, pasukan arkeologi memberi fokus pada kuil itu dengan menggali di sekitar tiang merah jambu yang terdapat di kawasan tersebut.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Tertinggi Mesir, Mostafa Waziri, tiang itu pernah menjadi pintu gerbang di hadapan kuil berkenaan, namun runtuh pada zaman dahulu akibat gempa bumi yang kuat melanda bandar tersebut.

Sebelum itu, para penyelidik sudah berpendapat bahawa mungkin terdapat kuil Zeus-Kasios di tapak tersebut. Pada awal 1900-an hingga 1990-an, ahli arkeologi memastikan bahawa tiang granit itu berkemungkinan dibawa menaiki tongkang melalui Sungai Nil dari Aswan di selatan Mesir ke Pelusium.

Selain itu, ahli arkeologi Perancis, Jean Clédat menemui inskripsi Yunani di tapak tersebut yang menunjukkan bahawa sebuah kuil untuk dewa Zeus-Kasios telah dibina di sana pada zaman Graeco-Rom.

Walau bagaimanapun, ahli arkeologi tidak pernah melakukan penggalian rasmi di tapak itu yang terletak berhampiran kubu purba dan sebuah gereja.

Menurut Ketua Sektor Penyelidikan Mesir di Majlis Tertinggi, Ayman Ashmawy berkata,”Kini ahli arkeologi telah menemui sisa-sisa kuil yang tidak diketahui sebelum ini, termasuk blok tiang yang mungkin sebahagian daripada tangga menuju ke pintu masuk kuil di sebelah timur kuil itu.

“Para saintis kini sedang giat merangka semula blok yang baru dianalisis dengan fotogrametri iaitu teknik di mana banyak imej digital digunakan untuk mencipta imej 3D maya.

“Ia akan membantu pasukan untuk cuba mencipta semula kuil secara maya,” kata Pengarah Tapak Arkeologi Sinai, Hisham Hussein dalam satu kenyataan.

sumber :siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *