“Doktor kata ada Kandungan luar rahim ..” Fizz Fairuz dedah keadaan Almy buat semua mendoakan…

PELAKON Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya iaitu Datin Almy Nadia terpaksa menjalani pembedahan selepas disahkan memiliki ketumbuhan cyst dan juga mengandung di luar rahim.Menurut Fizz, ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat.“Almy masuk bilik pembedahan pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan rahimnya.

Almy Nadia dalam perjalanan ke wad bedah.“Cyst itu perlu dibuang cepat kerana takut pecah, jadi doktor cadang buat pembedahan segera,” katanya ketika dihubungi mStar.Sementara itu, Fizz memberitahu keputusan untuk membuat pembedahan itu dimaklumkan pada pagi Sabtu selepas laporan ujian darah diketahui.Katanya, pembedahan itu perlu dilakukan segera kerana bimbang boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kandungan kelak.

“Dua hari lepas ambil darah untuk pemeriksaan, hari ini dalam pukul 8 pagi dia punya keputusan keluar.“Sekarang ini dia kena buat pembedahan secepat mungkin sebab nanti dia akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tetapi mengandung luar rahim.“Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kecing kata positif (hamil).

Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim.Cyst itu perlu dibuang cepat kerana takut pecah.“Ada cyst yang menganggu, kena buang cyst itu cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” ujarnya.Dalam pada itu, Fiz juga memaklumkan keadaan kesihatan isterinya kurang baik serta mengalami lemah tubuh badan sejak kebelakangan ini.

“Dia tunjuk simptom demam, cirit birit, sakit perut dan lemah. Itu yang kami pergi buat pemeriksaan doktor tu,” tambahnya.Untuk rekod, Almy telah mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada 26 April 2014 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan mstar. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *