-Selepas dis@man bekas kakak ipar, Ini Pula terjadi pada Ali Puteh buat Netizen turut simpati..

Pelawak, pelakon dan pengacara Ali Puteh enggan namanya dikaitkan lagi dengan sebuah syarikat pembekal ayam selepas menjadi duta selama tiga bulan lalu.

Menurut laporan Utusan Online, pelawak berusia 33 tahun itu tidak mahu terbabit dengan penipuan syarikat tersebut terutamanya soal bekalan ayam kepada peniaga dan pembeli.

“Saya tidak mahu ada pihak yang berdepan dengan masalah apabila berurusan dengan syarikat pembekal itu selepas beberapa isu timbul.
“Terus-terang saya juga kecewa dengan apa yang terjadi apabila perjanjian antara saya dengan syarikat itu tidak berjalan seperti yang sepatutnya,” katanya.
Ali berkata, dia sanggup melepaskan beberapa tawaran lain bernilai puluhan ribu demi memberi fokus dan komitmen sebagai duta tetapi kesal kerana tidak menerima sebarang bayaran seperti dijanjikan.

“Saya terima tawaran kerana diperkenalkan orang seorang kawan yang memang saya kenal dan peluang perniagaan turut ditawarkan bagi saya.
“Saya melihat ia sebagai satu peluang terbaik untuk menjana pendapatan lebih stabil tapi perkara lain yang timbul,” ujarnya.
Walaupun mempunyai kontrak sah dan beberapa kali cuba mendapatkan penjelasan, dia menganggap semua yang berlaku ada hikmahnya.

“Sedih sebab saya lepaskan banyak tawaran lain untuk fokus pada peluang ini dan saya ada tanggungjawab serta tanggungan.
“Saya terima dan saya percaya ada hikmah cuma saya perlu tampil untuk membuat penjelasan berhubung hal ini.
“Saya enggan masalah timbul dan nama saya terkait apabila syarikat ini membuat urus niaga. Saya tidak mahu ada pihak lain jadi mangsa,” kongsinya lagi.
Menerusi laporan media sebelum ini, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan itu nafi menjalankan perniagaan bahan mentah itu untuk membayar saman ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Nor Hidayah Mohd Ali.

Selepas hampir dua tahun berlalu, keputusan kes saman Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah akan diketahui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Menurut Ali Puteh, dia menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan hakim untuk membuat keputusan serta berserah kepada Allah. Ali berkata tindakan yang diambil olehnya itu adalah untuk Allahyarham abangnya Abam Bocey dan arwah ibu mereka, Sabariah Arshad.


“Selepas apa yang terjadi semasa prosiding mahkamah, saya berharap ada sinar pada saya sekeluarga yang dianiaya. Allah uji saya sekeluarga apabila benda yang kita tak buat, orang kata kita buat. Mula-mula agak panas dan geram apabila benda ini tular.

“Kecaman yang diterima itu amat luar biasa. Namun selepas itu, satu demi satu jalan yang kami nampak apabila Allah tunjukkan jalan,” katanya.


Dalam pada itu, Ali berkata ramai netizen yang pernah mengecamnya tampil meminta maaf kepadanya. Malah, Ali berkata dia tidak terasa hati dengan komen netizen kerana baginya mereka tidak tahu hal sebenar.

“Saya kini dah tak takut dengan kecaman netizen sebab sudah berkali-kali jumpa mereka yang maki hamun di balai polis. Ada juga yang jumpa di luar dan ada yang datang rumah. Ada juga yang hanya kirim video mohon maaf.

“Semuanya mohon maaf sebab tak tahu-menahu apa yang terjadi. Sikit pun saya tak simpan dalam hati sebab saya tahu mereka ini tak tahu menahu dan hanya komen sesuka hati,” katanya.

Terdahulu, kontroversi antara Hidayah dan Ali tercetus apabila kakak iparnya memfailkan saman terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat Hidayah itu menuduh Ali mengambil harta arwah abangnya Abam Bocey dan harta anak yatim. Antara tuduhan lain yang difailkan adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Sumber : Rotikaya

Sumber: Utusan Online (Siti Athirah Dzulkifly)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *