Patutlah dua kali tolak jadi Mat Kilau, Rupanya Ini perangai Adi Putra masa dulu…

Akukah Tanggang adalah sebuah siri drama tahun 2008, arahan Mohd Hitler Zami. Dibintangi oleh Adi Putra, Fasha Sandha dan ramai lagi. Drama ini mengisahkan samseng sekolah dan anak derhaka bernama Ridzuan, merupakan anak kepada Pak Hamid dan Radziah. Pada masa kelahiran, Ridzuan tidak banyak mengaji. Beliau merupakan sepupu kepada Adibah, dan di sekolah tempat yang sama dengan Umar dan Karisa. Karisa tidak suka kepada Ridzuan kerana sikap buruknya. Namun 10 tahun kemudian, Ridzuan berkahwin dengan Karisa.


Dato’ Mohamed Hadi Putera Bin Halim atau lebih dikenali sebagai Adi Putra merupakan seorang pelakon dan penyanyi Singapura. Beliau dilahirkan pada 26 Februari tahun 1981, berasal dari Singapura. Beliau membuat penampilan sulung di televisyen Singapura pada tahun 2002 menerusi drama Cinta Bollywood 2, dan terkenal menerusi filem KL Gangster yang memegang watak sebagai Jai. Baru-baru ini beliau ditular dengan lakonan yang beliau lakonkan dalam filem Mat Kilau telah mendapat sambutan hangat dari penonton.


Dalam video klip ini menunjukkan babak lakonan Adi Putra dalam drama Akukah Tanggang, beliau memegang watak sebagai Ridzuan. Namun watak beliau yang menjadi budak sekolah itu telah mendapat perhatian ramai. Lakonan Adi Putra juga dipuji dengan lakonannya yang berbakat dan spontan. Oleh itu, watak Mat Kilau masih diingati peminat dan menjadi bahan lawak diruangan komen.

Lihat klip durasi pendek lakonan Adi Putra..

@AXIZS:perjuangan jai dari zaman sekolah ke gangster

@Bdx:Jai ketika bdx2, dh besar jdi gengster,dh taubat jadi mat kilau

@who’s sha?:lain mcm mat kilau kita ni HAHAHAHAH

@rizzqal19:np la nama aq jgk jadi mangsa… ejaan sama plk tu rizwan..tapi aq ada dua z

@Hario:jai sebelum terjebak dalam bidang gengster

@Bella Anne:kelakar la wei.aku selama ni tak minat pun adiputra berlakon,sejak jadi mat kilau ni terasa mcm ok gak mamat ni

@𝙈𝘼𝙉 :(:cakap dgn cg mcm cakap dgn mak je dibuatnya

@Arigato:Mesti lepas grad skolah dia amek course kepahlawanan sebabtu dah besar jd mat kilau

@suhaila:dia pun tak tau dia akan jadi mat kilau di masa hadapan

@:):“bukannya aku mati, busuk busuk pon kena buang sekolah”

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan terhibur melihat watak beliau menjadi budak sekolah di dalam drama Akukah Tanggang. Namun watak Mat Kilau pula berjaya menarik perhatian ramai. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 351.5K penonton, 36.0K sukaan dan 108 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan TikTok, Rotikaya news
Artikel Sebelum,

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur dan terujanya apabila naskhah berkenaan kini terus melakar sukses yang tersendiri.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya yang dikemas kini, Syamsul, 38, mendedahkan filem epik tersebut dijangka mengatasi filem kutipan filem Munafik 2, sebelum ini.


Filem genre seram tahun 2018 yang turut diarahkannya itu sebelum ini mengutip kira-kira RM48 juta.

“Allahuakhbar. Mat Kilau is the fastest film to reach Rm 47 million in just 11 days. Bakal mengatasi box office rekod Munafik 2 tahun 2018 (Rm 48 million).

“Hilang kata, limpah kurnia dariNya. Alhamdulillah terima kasih semuanya. Majulah filem bangsa & negara.


“Filem No 1 Malaysia two weeks in a row. Masih terus mengenepikan filem Hollywood untuk minggu ke 2,” tulisnya.

Syamsul turut mencoretkan dedikasi sama menerusi Insta Stories.

Terdahulu, Golden Screen Cinemas (GSC), mengumumkan Mat Kilau sebagai filem tempatan paling laku setakat ini mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang Munafik 2.

“Terima kasih Malaysia, filem #MatKilau kini adalah filem tempatan terbesar, memecah rekod #Munafik2 dengan kutipan melebihi RM39 juta!


“Terima kasih semua atas sokongan anda! Siapa yang tidak tengok lagi, jom serbu wayang sekarang,” tulis GSC menerusi ciapan di Twitter.

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan terbitan Studio Kembara itu mengangkat kisah epik sejarah pahlawan Mat Kilau dan rakan-rakannya dalam perjuangan menentang penjajahan British di Pahang.


Filem berskala besar itu dibintangi ramai pelakon berbakat besar seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan Asa’ri, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Ellie Suriaty dan ramai lagi.

Antara komen Netizen,

Sumber MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *