“Pernah Sekali saya tanya nak keluar tak?..” Lama Menyepi,Sekali Neelofa dedah keadaan adiknya….

Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa mengulas mengenai tempoh lama yang dilakukan adiknya yang juga pempengaruh, Ameera Khan yang kini ‘sepi’ di media sosial sejak Julai lalu.
Neelofa, 33, bagaimanapun berkata, adiknya berada dalam keadaan baik dan mereka baru sahaja isi masa bersama.

“Beberapa hari lalu saya ada melawat ibu bapa dan kemudian ada jumpa Ameera dan bertanya sama ada dia keluar atau tidak. Dia cakap dia keluar je, cuma saya yang tidak tahu sebab dia kini tidak mempunyai akaun Instagram.

“Malah kata Ameera, boleh dikatakan hari-hari dia ada keluar dengan kawan, lakukan aktiviti dan sebagainya.“Cuma untuk saya terangkan secara berlebihan mengenai apa sebab sebenar dia berbuat demikian rasanya tak wajarlah.

“Sebagai kakak, saya respek dengan keputusan dia,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran Produk Minuman, Drintox Pineapple Juice di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hos program Next To Neelofa juga menjelaskan, Ameera sebelum ini sudah terdedah dengan media sosial sejak belasan tahun lagi.MH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *