“Lelaki diuji ketika senang..” Kenapa kena buat live, taknak berdepan?.. – Kakak Abang Viva dedah pula perangai Abang Viva selepas terkenal..

SELEPAS didakwa berkahwin tanpa restu dan pengetahuan keluarga, Azwan Omar atau lebih popular dengan gelaran Abang Viva akhirnya bersuara menjelaskan situasi yang kini menjadi bualan hangat orang ramai.

Menerusi siaran langsung (live) di Facebook pada Jumaat malam, Azwan menjawab dakwaan tersebut dan dalam masa yang sama memohon semua pihak agar mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

Azwan juga meminta semua pihak memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan salah faham yang berbangkit secara tenang dan tertutup bersama keluarganya.

“Saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik. Bagi saya dan keluarga ruang.

“Doakan kami dan kami akan bincang secara tertutup. Saya memang akan balik ke rumah ibu bapa, itu dah pasti… insyaAllah,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

Mengulas dakwaan kononnya dia berkahwin tanpa pengetahuan ibu dan bapa, Azwan dengan tegas menafikan perkara berkenaan selain turut menunjukkan paparan perbualannya bersama ibu di aplikasi WhatsApp, sebagai bukti.

Azwan bernikah dengan wanita pilihannya, Evanoza Zakaria pada 14 Oktober lalu.

“Saya bukan bernikah tanpa pengetahuan ibu dan ayah seperti yang diceritakan. Saya bernikah memang dengan pengetahuan ibu dan ayah.

“Saya dah beritahu ayah tiga kali yang saya nak berkahwin, manakala dengan ibu pula saya dah lima kali cakap nak berkahwin. Cuma mereka tidak bersetuju sangat dengan calon yang saya pilih.

“Kali terakhir saya beritahu (nak kahwin) adalah pada 12 Oktober (dua hari sebelum bernikah).

“Selepas nikah, pada 15 Oktober saya ada WhatsApp, 16 Oktober pun saya mesej beritahu dah kahwin. Saya hantar gambar kahwin saya dekat mak berserta video akad nikah sebab saya baru dapat waktu tu,” katanya lagi.

Untuk rekod, Azwan yang juga aktif dalam misi bantuan banjir selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Evanoza Zakaria pada 14 Oktober lalu.

Tambah Azwan, dia dan isterinya sepakat untuk bernikah lebih awal dari tarikh asal yang sepatutnya dilangsungkan pada Disember, atas sebab-sebab tertentu antaranya mengelakkan fitnah dan salah faham orang ramai.

Saya dah beritahu ayah tiga kali yang saya nak berkahwin, manakala dengan ibu pula saya dah lima kali cakap nak berkahwin.

Mengakui terkesan dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi kisah pernikahannya dan konflik dengan keluarga tular di media sosial, Azwan berkata dia terpaksa membuat penjelasan menerusi siaran langsung bagi membetulkan salah faham banyak pihak terhadap dirinya.

“Ada tanya kenapa tak bincang dalam grup WhatsApp keluarga? Sebabnya, saya telah dikeluarkan dari grup. Saya kena kick oleh kakak sendiri.

“Ketika itu saya turun ke Baling, Kedah untuk misi bantuan banjir sekitar Julai lalu. Tipulah kalau tak ambil hati, tapi saya anggap ini ujian selepas berkahwin.

“Saya akui, mak dan ayah nombor satu… saya akan balik. Tapi saya tak mahu cerita lebih, akan buka benda tak sepatutnya. Saya tak nak jadi seperti pihak sana. Mohon doakan yang baik-baik,” katanya lagi.

Hantaran oleh seorang wanita, dipercayai kakak Azwan di Facebook.

Terdahulu pada Jumaat, isu membabitkan Azwan hangat diperkatakan di media sosial susulan hantaran seorang wanita di Facebook, yang dipercayai kakaknya, iaitu Fauziyah Omar.

Dalam posting tersebut, wanita berkenaan mendakwa Azwan berkahwin tanpa restu keluarga dan telah mengabaikan orang tuanya sejak berkenalan dengan isterinya.

Pendedahan kontroversi tersebut mengundang spekulasi daripada netizen, lebih-lebih lagi Azwan baru sahaja melangsungkan pernikahan.

kredit:mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *