“Abang tak main ta*k dik, adik yang gila bayang…” -Sharnaaz Ahmad

Perkongsian terbaru selebriti terkenal, Sharnaaz Ahmad yang memuat naik gambar dirinya di Instagram baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai.

 

Mana tidaknya, gambar yang agak ‘kontroversi’ itu disertakan sekali dengan kapsyen yang agak mengundang lebih-lebih lagi gambar tersebut dikaburkan sedikit di bahagian jari.

 

Abg tak main taik dik.. adik yg gila bayang..

Maaf kalau gambaq kurang sopian

 

Gambaq ni abg rasa cam harem.. tu yg post tu..

 

Happy weekend people…” tulisnya.

 

“Jangan mamu, nanti keluar lagu baru”

Posting tersebut telah mendapat perhatian netizen terutamanya para peminat yang beranggapan ia ditujukan kepada seseorang yang baru-baru ini ada ‘memetik’ namanya dalam pengakuan berkenaan isu percintaan.

 

Ruangan komen juga penuh dengan tekaan netizen yang mengaitkannya dengan seorang selebriti wanita yang sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan kepada media.

“Sarang tabuan jangan dijolok”

Tular dekat TikTok?

Mungkin salah faham la kot sebab peminat suka dua2

Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Tiber!”

 

Harap tak ada yang tersinggung

Walau bagaimanapun, menerusi muat naik di Insta Story Sharnaaz, dia hanya menulis YTJT (Yang Tahu Je Tahu) dan memohon maaf kepada mereka yang berkecil hati andai tersinggung dengan posting gambar yang dibuat

.Walau bagaimanapun, kesimpulan-kesimpulan daripada netizen di ruangan komen tidak menceritakan hal sebenar kerana Sharnaaz sendiri tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan sindirian tersebut.

 

Boleh jadi pelakon berkenaan sekadar berkongsi gambar berlatarbelakangkan pantai sewaktu pergi bercuti tempoh hari.

 

Sumber: Instagram & OMM

 

Terdahulu,

 

Umum mengetahui, baru-baru ini AJL36 yang berlangsung telah meraih perhatian ramai apabila lagu ciptaan Raja Nazrin Shah dan Fazleena Hishammuddin muncul juara yang disiarkan secara langsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

 

Menewaskan 11 lagu yang lain, melayakkan lagu Pelukan Angkasa nyanyian SOG dan Shila Amzah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi bersalut emas.

Selain netizen, ramai juga dikalangan artis yang turut memberi pendapat serta sokongan kepada mereka yang bertanding. Michael Ang dan juga Sharnaaz Ahmad merupakan artis yang dilihat cukup aktif di laman twitter yang sentiasa memberi pendapat tersendiri.

Kelihatan pelakon terkenal itu sudah dari awal telah menyokong persembahan hebat kumpulan Sekumpulsn Orang Gila (SOG) X Shila Amzah. Di samping itu gelagat Sharnaaz sentiasa mendapat reaksi daripada pelbagai pihak. Dia yang berseloroh kononnya nyanyian tersebut membuatkan dirinya merem4ng.

 

Dia juga berharap dengan nyanyian tersebut yang begitu hebat akan dapat memenangi juara di anugerah yang berprestij tersebut.

Benar tekaan ramai apabila persembahan dari SOG X Shila berjaya menambat hati juri sekaligus merangkul gelaran juara. Ketika ditemubual stesen radio Hot FM, Fara Fauzana selaku deejay sempat lagi mengusik penyanyi wanita tersebut tentang sokongan serta ulasan Shaarnaz mengenai nyanyiannya. Lantas membuatkan selebriti tersebut terus bertukar malu-malu dan cuba untuk menukar topik.

Sumber – TTK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *