8 Halangan Kenapa Jodoh Tak Kunjung Tiba

Setiap manusia punya takdir jodoh yang berbeza-beza. Ada yang cepat, ada yang lambat dan tak kurang juga yang langsung tak ketemu jodoh hingga ke akhir hayat. Namun yang pasti setiap jodoh itu adalah urusan Allah, malah jika tiada jodoh juga merupakan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Selain kehendak Allah, tanpa anda sedar mungkin ada antara perkara-perkara yang telah anda lakukan menjadi penghalang untuk anda mempercepatkan jodoh anda.

1. Melakukan perbuatan syirik.

Melakukan perbuatan syirik merupakan dosa besar kerana ia menyekutukan Allah dengan yang lain. Baikilah hubungan anda dengan Allah dengan memperbanyakkan ibadat dan mintalah pertolongan kepada-Nya agar diberi jalan yang mudah untuk mendapat jodoh. Jangan mengharapkan bantuan daripada tukang ramal, bomoh atau sebagainya yang tidak mengamalkan ajaran Islam.
“Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya daripada azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya daripada azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya, janji Allah itu adalah benar, jangan lah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan janganlah kamu diperdayakan oleh bisikan Syaitan.” (Al-Luqman, ayat 33)

2. Tidak bersolat dan sering menundakan solat.

Solat merupakan tiang agama yang diwajibkan Allah kepada setiap manusia. Jika anda tidak bersolat maka Allah tidak dapat mendengar rintihan anda sekali gus memakbulkan doa anda. Begitu juga kepada mereka yang sering melambatkan solat ke penghujung waktu maka tidak hairanlah jika Allah tidak mengutamakan doa-doanya.
“Maka kecelakaan besar bagi orang yang solat (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. (Al-Maa’un, ayat 4-5)

3. Berzina.

Berzina merupakan perbuatan keji yang sangat dimurkai Allah. Dalam kisah Nabi Musa terdapat penolakan taubat seorang wanita yang sebelumnya telah melakukan zina. Ini memberi maksud bahawa perbuatan zina akan merosakkan hubungan manusia dengan Allah termasuk urusan jodoh. Jika anda pernah melakukan zina, segeralah memohon keampunan kepada Allah atas dosa yang pernah anda lakukan.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’, ayat 32)

4. Derhaka kepada orang tua.

Cuba renungkan adakah anda pernah melakukan dosa terhadap kedua orang tua? Allah sangat murka kepada mereka yang melakukan dosa terhadap kedua orang tua atau salah seorang daripadanya kerana ia akan menutup segala sumber rezeki termasuk jodoh.
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (al-Israa, ayat 23)

5. Memutuskan hubungan silaturahim.

Jika anda mengalami kesulitan dalam urusan jodoh sebaiknya anda periksa bagaimana hubungan silaturahim anda dengan saudara mara dan orang sekeliling. Bersikap sombong dengan memutuskan silaturahim turut memberi kesan terhadap jodoh.

“Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat.”
(Al-Hujuraat, ayat 10)

Sumber redaksi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *