5 Tanda Si Dia Bukanlah Jodoh Kita. Pasrah.

Ketahui pelbagai tanda si dia bukan jodoh kita yang bakal dihadapi oleh pasangan. Jodoh itu memang rahsia Allah dia telah tetapkan siapa untuk kita tetapi kita perlu berusaha untuk mencari siapakah dia. Walaupun serapat manapun kita dan apa jua cara untuk kita buat untuk menghalang jika dia bukan jodoh kita maka bukanlah, sejauh mana pun kita berlari jika kita di takdirkan bersatu maka akan bersatu. Hari ini kami ingin kongsikan 10 tanda bahawa dia bukan jodoh yang baik untuk kamu. Berikut merupakan 10 tanda-tanda yang dari pandangan kami berdasarkan pemerhatian orang sekeliling.

1. Senarai perkara yang tidak kamu setujui.

 

Kamu mempunyai senarai tentang apa yang kamu tak suka tentang pasangan kamu lumrah manusia tak sempurna dan banyak kelemahan, tetapi apa yang kamu tak suka tentangnya dia mampu di senaraikan berpuluh-puluh dan kamu simpan dengan rapi di hati kamu dan tak mahu menunjukkan kerana kamu sayang dia.

 

2. Selalu menjauhkan konflik antara kamu berdua.

 

Jika berlaku salah faham itu biasa, tetapi apabila setiap masalah itu selalu cuba di jauhi dan bukan mencari penyelesaian., di simpan terus di dalam hati. Jika lama-lama di simpan jika berlaku konflik nanti masalah kecil pun boleh jadi besar kerana rasa tak puas hati yang berlarutan.

3. Dia tak pernah menghiraukan tentang kesihatanmu.

 

Sebagai contoh, dia tahu kamu alahan tetapi bersama kamu dia tetapi hisap rokok dan tidak mempedulikan kamu.

 

4. Dia sentiasa mahu perubahan dari kamu tapi dia tak mahu berubah dirinya sendiri.

 

Dia mahu kamu berubah untuk jadi lebih baik, sebagai contoh dari memakai baju yang seksi kepada yang lebih sopan dan bertutup. Dari tak bertudung ke memakai tudung, dia mahukan perubahan kamu.Tapi bila tiba dia? dia tak mahu lakukan perubahan, katanya susah untuk lakukan berubahan.

5. Dia tidak mempercayai dengan kamu.

 

Kepercayaan ada teras dalam perhubungan, tetapi kalau tidak ada kepercayaan itu bagaimana perhubungan itu mahu di teruskan? Sebagai contoh kamu mahu pergi keluar tengok wayang dengan kawan-kawan dia meminta kamu laporkan setiap 1 jam apa yang kamu buat? Sebagai pasangan perlu ada toleransi dan kepercayaan.

Sumber :Redaksi.com

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *