5 Amalan Rahsia Mempercepatkan Jodoh

“Oh, dimanakah bakal imamku?”

“Ahh, pabila terpandang dia, rusuk kiriku terus bergetar..”

Itulah antara celoteh dan senda gurau yang sering kita dengar dalam kalangan muda mudi hari ini. Soal jodoh pasti menjadi bualan harian, terutamanya kepada yang masih belum bertemu pasangan sehidup semati mereka. Ada yang terus-menerus mencari. Ada juga yang berserah sepenuhnya. Jodoh itu rahsia Allah. Namun, perlu ada doa seiring usaha termasuklah 13 amalan rahsia ini yang boleh anda cuba amalkan untuk ditemukan jodoh.
1. Jaga solat di awal waktu.

Seringkali terdetik di hati kita, bilakah tibanya jodoh kita. Oh lambatnya. Tapi ada tak kita terfikir, saat azan kedengaran, adakah kita masih leka dengan urusan dunia? Kita inginkan jodoh kita segera bertandang, namun dalam masa yang sama, kita terlupa untuk bersegera menyahut panggilan-Nya di saat Dia memandang. Rasullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
“Solat pada awal waktu, dari awalnya mendapat keredhaan Allah dan di akhirnya mendapat keampunan Allah”
-Riwayat al-Tirmizi

2. Betulkan niat perkahwinan.

Mungkin ada yang berkahwin adalah semata-mata kerana nafsu dan tuntutan keduniaan yang lain. Ada juga kerana harta. Namun, apakah sebenarnya tujuan kita berkahwin? Niatlah bahawa kita berkahwin adalah untuk mendapat redha Allah semata-mata kerana-Nya. Untuk dapat kasih sayang Allah, cinta Allah. Sia-sia hidup kita jika tidak mendapat redha Allah. Itulah sebenarnya matlamat hidup kita.

3. Baca surah yaasin setiap pagi.

Surah Yaasin merupakan hati atau jantung Al-Quran. Biasanya surah Yaasin kerap dibaca pada malam Jumaat atau ketika melawat orang sakit atau yang meninggal dunia. Namun, surah ini jika diamalkan setiap hari, banyak manfaat yang bakal kita dapat. Allah akan mudahkan segala urusan hati itu. Yang tiada jalan keluar pun Allah akan permudahkan. InsyaAllah.

4. Baca surah Al-Waqiah setiap malam.

Amalan surah al-Waqiah akan memberikan kekayaan serta rezeki yang melimpah ruah termasuklah jodoh. Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya:
“Siapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”
-Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.

5. Berterus-terang.

Ada sahaja dalam kalangan kita sudah berkenan kepada seseorang, namun hasrat itu dipendam sahaja. Akhirnya, si dia dimiliki orang lain. Menyesal pun tiada guna. Jika sudah ada pilihan hati, teruskan melangkah. Yang lelaki, terus terang sajalah kepada keluarga si perempuan. Hantar rombongan merisik. Jika dialah orangnya, maka bersegeralah untuk berkahwin. Yang perempuan pun boleh saja memulakan langkah walau mungkin akan dikatakan perigi mencari timba. Namun, perlu melalui perantaraan atau orang tengah juga. Selebihnya serahkan saja pada Allah. Jika tak berjaya, ingatlah bahawa ada yang lebih baik Allah sediakan untuk kita.

Sumber redaksi.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *